Free search. Try it..

Dah seminggu puasa



Sedar tak sedar dah seminggu Ramadhan menjelmakan dirinya. Kepada pembaca blog ni rasanya belum terlambat saya ucapkan Selamat Berpuasa. Saya nak story pasal apa yang saya buat dengan duit adsense yang saya dapat pada bulan Ogos lepas. Alhamdulillah akhirnya saya berjaya membeli sebuah notebook setelah berbulan-bulan saya mengidamkannya. Jadi, ia lebih memudahkan saya membuat kerja online saya serta offline saya. Inilah notebook yang telah saya beli melalui internet.
Walaupun model agak lama, Acer Travelmate 290, namun performance nya sungguh memuaskan hati. Processor intel pentium M 1.4GHz, 512MB ram, 40GB hard disk, ada dvd dan cd writer, 3 usb sudah memadai. Yang nyatanya cukup laju time surfing internet, langsung tak tersekat-sekat.

Walaupun saya dah dapat notebook, namun pc yang saya gunakan selama ini tidak pernah saya lupakan. Jasanya cukup banyak. So, saya letakkan di family hall tingkat atas rumah saya. Dulu letaknya di hall bawah. Jadi, dia dah naik pangkat.. heheheee.

Sekarang saya tengah menimbang-nimbang untuk subscribe Celcom broadband. Tengok keadaan dulu. Kalau ada ongkos lebih mungkin saya akan subscribe. Kalau tak, saya gunakan saja Streamyx yang sedia ada...

Read me first

Sila baca posting paling belakang dahulu untuk pemahaman yang jelas.

Post views hit counter