Free search. Try it..

Apa yang saya nak buat dengan duit Adsense bulan ni?

Pada posting kali ini, saya cuma listkan apa yang saya nak buat dengan duit yang saya terima dari Google Adsense pada bulan ini iaitu Januari 2009. Tak ada tips kali ini, cuma sedikit paparan sebagai pembakar semangat bagi anda yang baru berjinak-jinak dengan program Adsense ni. Sebelum pukul 12am waktu server, saya sempat snap earning saya (earning bulan ni akan payout pada bulan hadapan apabila mencecah USD100).







Bukan nak menunjuk-nunjuk, tapi inilah hasil yang saya peroleh setelah memerah keringat tak berpeluh pun, memerah idea, melakukan R&D, dan melakukan try an error. Tidak dinafikan banyak cabaran yang telah saya hadapi selama ini. Antara cabaran tersebut ialah :
1. Mencari niche market yang sesuai dengan kehendak semasa.
2. Invalid click yang entah dari mana datangnya yang membuatkan 3 akaun saya diban sebelum ini. Mungkin dari pesaing saya di internet.
3. Beberapa blog saya (blogspot) di delete oleh pihak admin tanpa saya dimaklumkan apa sebabnya.
4. Kesibukan saya dengan rutin harian, tetapi saya cuba online paling kurang 30 minit sehari.

Ok, kat bawah ni saya nak listkan apa yang saya nak buat dengan duit yang saya dapat bulan ni :
1. Repair aircond kereta.
2. Bayar segala macam installment.
3. Beli digicam. Ala... brand tuuutt tu... yang dalam iklan kat tv, jatuh dari tempat tinggi kemudian masuk dalam air terus jadi ombak besar tu...
4. Tu jer kot???

Kat bawah ni screenshot payment yang layak saya cashout via Western Union. Sok pagi-pagi saya nak ke Pejabat Pos Shah Alam untuk claim. Actually, jumlah kat bawah ni adalah earning saya pada bulan Disember 2008. Depa bayo bulan Januari 2009.

Macam biasa, yang saya spray merah tu maklumat yang patut dirahsiakan.


Saya snap pakai handphone sebelum saya meleburkan duit tu ke tempat yang saya listkan kat atas. Alhamdulillah... syukur ke atas segala rezeki yang diberi.


Thank you so much Google Adsense...


Pantun 2 kerat sikit :


Ulau melingkau atas pagau,
Tata... chow chee chow...


Apa punya pantun da...?

Membuat header blog

Petang yang cukup panas. Uncle guard kat depan rumah saya sampai bukak baju. Saya angkat tangan kat dia, dia angkat tangan kat saya balik. Begitulah selalu, kita perlu ramah tamah dengan semua orang tak kira bangsa, agama, profession dan status. Baru kita boleh hidup aman damai di negara Malaysia tanah tumpah darahku ini. I'm proud to be Anak Malaysia. Sedikit intro sebelum saya terus ke topik tajuk posting kali ini.

Semalam ada seorang sahabat bertanyakan bagaimana hendak membuat header blog. Cara saya cukup simple dan mudah untuk digunakan. Kita boleh gunakan enjin carian dan Microsoft Paint untuk membuat header blog yang kita ingini. Bukan sahaja gambar header.... gambar untuk side bar serta footer juga boleh dibuat.

Mula-mula kita fikirkan gambar apa yang hendak jadikan header. Kalau blog anda ceritakan tentang kesihatan, carilah gambar seperti ubat-ubatan, hospital, doktor yang sedang merawat pesakit dan sebagainya. Kalau pasal muzik, kita boleh cari gambar alatan muzik, dan sebagainya.

Bagaimana nak cari gambar-gambar tersebut? Salah 1 cara anda boleh gunakan Image Search.
Ok, anda boleh taip saja di 'image search' keyword yang berkenaan dengan niche blog anda. Saya berikan contoh, saya ada buat 1 blog pasal muzik. Jadi saya gunakan 'music' sebagai keyword.
Selepas klik 'search image' akan keluar gambar-gambar yang releven dengan keyword. Anda pilih 'Extra Large Image' pada option 'showing' seperti dalam gambar di bawah
Jadi pilih mana-mana image yang anda rasa menarik dan sesuai untuk dijadikan header blog anda. Mungkin ada masalah copyright, jadi anda boleh email kepada pemilik web berkenaan untuk kebenaran menggunakan image tersebut. Ataupun anda boleh linkkan website tersebut sebagai dalam blog anda sebagai kredit untuk mereka. Itu sebahagian dari cara untuk cari image header. Belum habis lagi, sambungannya di akhir posting ini.

Selain tu kita boleh cari image yang sesuai di laman web yang sediakan free wallpaper. Salah 1 yang saya selalu gunakan ialah di ewallpapers.eu. Atau taip sahaja keyword 'free wallpaper' di search engine.

Simpan gambar tersebut di destop komputer anda supaya senang dilihat. Dengan cara right click pada gambar (large) yang telah dipilih.

Save kat desktop atau folder...
Kini tibalah masa untuk kita modified gambar tersebut supaya menjadi image header. Ok, anda boleh right klik pada icon gambar dan pilih 'edit'.
Kemudian akan keluar 'Mirosoft Paint' seperti gambar di bawah.
Kemudian klik 'select' button seperti gambar di bawah.
Kemudian anda tarik dimension (970px × 180px) atau (970px × 275px) atau sebarang saiz yang sesuai dengan saiz header blog anda. Lihat gambar di bawah.
Kemudian right click dan cut.
Kemudian buka 1 page baru dengan klik 'file' >> 'new' dan 'paste' gambar yang telah kita potong tadi. Maaf, saya terpaksa skip gambar tutorial ini untuk jimatkan masa. Di samping itu anda boleh try an error untuk anda lebih ingat pada masa-masa akan datang.
Kemudian save image terbaru tu seperti gambar di bawah.
1 bab dah settle. Langkah seterusnya ialah memasukkan image tersebut kat blogspot kita. Ok, kita log in dalam blogger. Pergi ke 'layout' dan klik edit pada header.
Macam biasa pop up seperti di bawah akan keluar. Tick 'Shrink to fit' dan klik 'Browse' untuk upload image yang hendak kita jadikan header blog.
Jangan lupa 'save' dan preview untuk lihat hasilnya.
Maka terhasillah image header untuk sebuah blog. Nampak macam susah, tapi jika anda melakukannya berkali-kali untuk blog-blog anda yang lain, anda akan mahir dan anda mampu mengagumkan pelawat-pelawat anda. Ini akan meninggikan peratusan 'return visitor' dan sekaligus akan meningkatkan pendapatan Adsense anda.
Air dalam bosi,
Api dalam kaco,
Apo tunggu laie,
Poie lah cubo...
Selamat Tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Chai... Majulah blog untuk negara. Salam ikhlas dari saya...

Template baru wajah baru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bagaimana dengan template baru blog ni? OK ke KO? Agak lama gak saya memilih, sehinggalah hati saya terpaut pada template yang saya guna ni. Saya masih mengekalkan konsep biru putih pasal sejuk mata memandang serta mampu mencetuskan suasana tenang ketika membaca.
Untuk mengenang kembali ruper blog lama, saya tampalkan kat bawah ni sebagai kenang-kenangan...
Saya ambil template percuma ini di Ourblogtemplates.com. Kat sana ada pelbagai template untuk Blogger yang cun-cun dan sempoi. Asyik pakai baju yang sama tentu bosankan? Sesekali kita tukar baju, baru semangat sikit nak 'memblog'. Anda juga boleh tukar template blogger anda, tapi kena berhati-hati sebelum klik kat butang 'Save template'. Pastikan anda save template lama dulu dalam pc. Kebiasaannya beberapa part akan hilang seperti ruang HTML, Adsense, META Tag dan gadget-gadget yang telah kita pasang sebelum ni. So, kita terpaksa buat balik selepas kita pasang template baru tu. Mungkin akan ambil masa sikit, bergantung berapa banyak 'mender' yang telah kita masukkan sebelum ni. Mungkin saya akan ceritakan bab tersebut dalam posting yang akan datang.

Baru sebentar tadi saya lihat penderitaan rakyat Palestin di kaca televisyen. Tersentuh perasaan saya bila melihat kanak-kanak yang belum mengerti apa-apa terbunuh dan cedera. Apalah dosa mereka sehingga kediaman mereka dibom bertalu-talu. Bersyukurlah kerana kita dilahirkan di Malaysia, negara yang aman aman ker? dan makmur. Tiada peperangan perang kempen pilihanraya untuk rebut kuasa adalah. Nasib kita jauh lebih baik dari mereka di sana.

Kekejaman yang telah dilakukan terhadap penduduk Semenanjung Gaza tidak dapat diterima dan langsung tiada perikemanusiaan. Saya menyahut kempen memboikot produk negara yang menyokong Israel. Saya tidak lagi ke Tesco, makan kat MdD serta Maggi serta minum Coke. Tetapi produk-produk yang berguna dan memberi keuntungan, saya akan tetap guna seperti Blogger.com, U Tube dan Adsense Bilalah ada syarikat Malaysia yang boleh tandingi G00gl3?? . Memang ada orang-orang kita bekerja dan terlibat dalam perniagaan produk-produk dari negara yang pro Israel. Kita cuma mengurangkan keuntungan mereka tetapi jangan sampai membuatkan orang-orang kita yang terbabit hilang pekerjaan. Sekurang-kurangnya dana yang disalur kepada pihak Yahudi akan berkurangan dan keupayaan mereka juga akan kurang... Saya doa semoga saudara-saudara kita yang di luar sana bebas dari ditindas dan disembelih sewenang-wenangnya seperti seekor ayam yang tidak berdaya. List produk-produk yang lain ada di laman web ni.

Ok, semoga anda semua sentiasa ceria dalam meniti kehidupan yang semakin mencabar ini. Universiti yang terbaik ialah kehidupan. Biasanya kalau saya dilanda masalah, saya andaikan ianya sebagai 1 assignment yang perlu dibereskan. Heheee... teringat pakcik zaman belajo dolu2. Selalu melantak Maggi dikala sengkek. Tapi sekarang say no to Maggi. Kalau kita terlalu fokus kepada masalah, memang sukar mencari jalan keluar. Apa yang penting ialah fokus kepada penyelesaian. Insyaallah, kita akan diberikan ilham dan kekuatan untuk menghadapinya sehingga berjaya. Macam bagus2 jer :)

Terasa macam nak berpantun pulak. Ok, saya jual kepada anda. Jangan lupa beli dan balas tau...

Assalamualaikum kepada ustazah,
Good morning kepada teacher.
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan lupakan saja...

Gunakan URL channels

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebelum-sebelum ni saya asyik menulis tentang mendapatkan back link dan link exchange. Jadi, sepatutnya blog-blog anda sudah mendapat pelawat jika anda mengikutinya dengan betul. Mungkin ada yang sudah mendapat klik pada iklan adsense. Mesti anda seronok kan? Terfikirkah anda pada blog mana dan page mana klik atau klik-klik itu datang? Ok, pada kali ini saya nak cerita tentang cara-cara menggunakan URL Channel yang disediakan oleh pihak adsense dalam akaun adsense anda.

Mula-mula log in akaun adsense anda.

Kemudian, klik pada tab AdSense Setup seperti pada gambar di bawah.

Kemudian klik ada tab Channel seperti yang saya bulatkan dalam gambar di bawah.

Kemudian anda klik pada link URL Channel di bawah tab 'Adsense for Content' seperti yang saya bulatkan dalam gambar di bawah.
Anda akan nampak link 'Add new URL channel' seperti yang saya bulatkan seperti gambar di bawah. Klik kat situ...

Akan muncul kotak di mana anda boleh masukkan URL blog anda atau URL pages anda seperti di bawah ini.

Masukkan semua blog beserta pages yang telah anda buat sebelum ini ke dalam kotak yang disediakan. Maksimum yang anda boleh masukkan ialah 200 URL.

Akhir sekali klik pada butang 'Add Channels'.

Kemudian kesemua URL yang telah anda masukkan sebentar tadi akan keluar dalam bentuk list. Jika anda ada blog baru atau page baru, boleh masukkan kemudian. Anda boleh edit, tambah dan buang ikut kesesuaian anda. Jika kuota 200 list anda sudah penuh hang memang kaki blogging, anda boleh buang mana-mana page yang anda fikir tidak menjana keuntungan buat anda dan masukkan pages URL yang baru.

Tools ini memang bagus dan amat sesuai digunakan bagi mereka yang suka buat eksperimen serta melakukan penambah baikan. Jika anda ada blog yang ramai pelawat, anda boleh tahu page mana yang pengunjung suka lawati dan dari mana klik adsense anda datang. Jika anda tidak menggunakan tools ini anda cuma tahu jumlah 'Page impression', 'Cliks', 'Page CTR', 'Page eCPM' dan 'Earning' secara kasar sahaja tanpa tahu dari URL mana ianya datang secara terpeinci.

Ok, saya stop dulu pasal ada hal kat luar. Pantun 2 kerat dari saya :

Menjala ikan di pagi hari,
Ada masa jumpa lagi...

Azam baru 2009 ???

Kedengaran bunyi ledakan mercun bertalu-talu di luar sana. Saya kat depan laptop ni cuma mendengar kemeriahan di luar sambil menulis apa yang sedang berlegar-legar dalam kepala otak. Saya tidak keluar untuk menyambut ketibaan tahun baru. Cuma lepak-lepak di rumah dan memikirkan apa yang saya hendak lakukan dalam tahun 2009 ini. Memang ada perancangan yang telah saya rangka sebelum ini dan tunggu masa sahaja untuk start enjin. Hmm... biarlah idea-idea tu bercampur gaul dalam fikiran saya. Mana tahu boleh cetuskan idea atau idea-idea yang lain. Apa ya yang ingin saya buat? Rasanya biarlah menjadi rahsia dulu. Bagi saya bila dah nampak hasil baru saya beritahu. Kalau cakap awal-awal, pastu tak jadi malu gak... heheee...

Kalau orang tanya saya apa azam tahun baru saya, saya akan beritahu azam saya tahun ini adalah untuk capai azam-azam saya yang lepas. Memang banyak yang tidak terlaksana. Pasal apa tak terlaksana? Pasalnya cuma 1. Sikap ataupun omputeh cakap attitude. Biasanya masa buat azam memang begitu bersemangat. Lepas beberapa minggu... hampeh... Harap-harap tahun ni tuhan berikan saya semangat dan jalan untuk saya capai seberapa banyak yang boleh. Jangan lupa doakan buat saya ya.

Semenjak dua menjak saya jarang menulis (menaip) di blog ni. Bukan saya dah kehabisan idea atau pun dah malas. Cuma kadang-kadang masa tidak mengizinkan saya berbuat demikian. Dalam forum pun saya dah jarang masuk. Cuma kalau ada pertanyaan dari ahli forum, barulah saya log in dan jawab semampu saya. Actually saya langsung tak buat promotion untuk forum dan blog ni. Biarlah hanya ditemui dalam search engine.

Apa lagi nak tulis ya? Oh ya baru tadi saya dapat payment dari dotcomsecrets menerusi akaun Paypal saya. Alhamdulillah ada lagi rezeki saya tahun 2008. Mungkin program ni tak der mengena dengan adsense, tapi saya nak khabaq juga pasal program ni cukup mudah dan yang paling penting ianya percuma. Kalau nak tahu, biar saya terangkan di bawah ni dan jangan lupa daftar :)

Russell Brunson telah berjaya menjadi salah seorang Bilionaire menerusi perniagaan internet beliau.

Beliau kini sedang menganjurkan Pay Per Lead yang terbaru dimana beliau akan memberikan anda USD1 bagi setiap orang yang mendaftar pada pertandingan yang beliau anjurkan.

Jadi, baca dengan teliti.

Ia merupakan satu latihan untuk anda menjadi seorang usahawan internet yang berjaya.Apa yang best tentang pertandingan ini, setiap orang yang anda menyertainya, Russell akan berikan USD1 bagi level 1 dan level 2.

Saya telah berjaya mendapat beberapa ratus dollar sebelum ni. Jadi anda pun boleh lakukannya. Semua orang bermula dari zero. Jadi jangan merendah diri.

Apa yang perlu anda buat...

-------------------
Langkah 1
-------------------
Daftarkan diri anda di

http://tinyurl.com/USD1Percuma

---------------------
Langkah 2
--------------------
Terdapat 3 tawaran, anda perlu klik butang NO pada bahagian bawah.

Anda tidak perlu terima tawaran berkenaan.Kita hanya buat duit menerusi referal yang kita akan buat nanti.

------------------------
Langkah 3
------------------------
Kemaskini akaun anda. Masukkan akaun Paypal anda.

Ini adalah kerana bayaran akan dibayar menerusi akaun Paypal.

----------------------------
Langkah 4
--------------------------
Ia merupakan langkah yang paling sukar iaitu

Promosi...Promosi...Promosi

Ia adalah kunci kejayaan anda dan saya. Anda promosikannya
kepada rakan rakan anda. Dapatkan seramai mungkin.

Daftarkan diri anda di

http://tinyurl.com/USD1Percuma

Itulah sedikit sebanyak info yang saya boleh bagi. Mesti anda tidak percaya dengan program ni. Kalau ikut logik, mana ada orang yang senang-senang nak kasi duit. Ok, kat bawah ni s.s yang saya ambil dari akaun Paypal saya :
Saja saya kecilkan gambar. Kalau nak besarkan, cuma klik jer kat gambo tu. Hehee... low profile.

Sambung balik pasal cerita azam 2009. Harapan saya dengan Adsense ialah nak jadikan blog-blog saya sebagai mesin duit macam kilang cop duit selain menimba ilmu-ilmu baru dalam internet. Tapi tak tahulah macam mana akan datang dengan keadaan ekonomi yang semakin gawat ni. Terus terang saya cakap yang earning saya bulan Dis 2009 ada penurunan. Bagi saya itulah asam garam dunia perniagaan. Ada kalanya untung dan ada kalanya rugi. Sama seperti perniagaan offline juga.

Oklah, saya nak berhenti takat ni dulu pasal nak sambung angan-angan saya untuk tahun 2009. Bukan angan-angan kosong, tapi angan-angan untuk jadikan angan-angan selama ini berjaya. Planning kena ada pas tu baru bertindak. Ye tak? Saya percaya anda semua juga ada menyimpan azam tahun baru jugakan? Jadi sama-samalah kita mencapainya dengan berusaha semampu yang boleh dan selebihnya kita serahkan kepada tuhan yang esa. Wallahu'alam. Di kesempatan ini saya mengambil peluang untuk mengucapkan Salam Maal Hijah 1430 dan Selamat Menyambut Tahun Baru 2009.

Pantun jangan tak pantun :

2008 telah pergi,
2009 datang mengganti,
Azam baru tersemat di hati,
Semga tercapai apa yang dihajati...

Salam ikhlas dari saya :)

Read me first

Sila baca posting paling belakang dahulu untuk pemahaman yang jelas.

Post views hit counter

Recent Visitors