Free search. Try it..

Step 3 : Menulis META Tag

Ini adalah bab yang paling penting. Kerana jika tiada pelawat, maka tiadalah klik. Jika tiada klik maka tiadalah income/pendapatan. Samalah seperti anda membuka kedai. Kalau tiada orang yang datang ke kedai anda maka tiadalah barang yang dijual. Yang bestnya pasal internet ni ialah, blog anda boleh dilawati oleh berbilion-bilion orang dari seluruh dunia. 24 jam sehari...7 hari seminggu...Non stop !!! Inilah dunia tanpa sempadan. Jika anda boleh tarik 0.1% sahaja daripada jumlah pengguna internet seluruh dunia, maka anda akan kaya raya. Pendapatan anda boleh mencapai sehingga 4,5,6 angka malahan lebih dari itu.

Jumlah pengguna internet dunia sehingga Disember 2008 = 1.3 bilion
Mungkin anda boleh mencapai tahap ini... Siapa tahu rezeki anda ???

Hmmm... anda sudah teruja? Terkesima ??? Macam lagu Dato' Siti Nurhaliza la pulak... Gurau-gurau saja... Boringkan kalau asyik serius. Sembang-sembang jugak. Ok, let's go to the point...

Untuk posting kali ini saya akan cerita serba ringkas tentang SEO. Amender SEO tu ?? Bagi mereka yang sudah biasa dengan teknik marketing (pemasaran) di internet, pasti tahu apa itu. SEO ialah ringkasan bagi Search Engine Optimizer. Hanya 3 patah perkataan, namun ianya akan memberikan impak maksimum terhadap pendapatan anda. SEO lebih merupakan 1 proses, teknik serta usaha untuk halaman atau halaman-halaman blog/website mendapat tempat pada enjin carian (search engine).

Masih kabur ?? Ok, katakan anda mempunyai produk air mineral dan anda ingin memasarkannya di hypermarket Giant. Di sana ada berpuluh-puluh lagi produk air mineral yang dijual di rak-rak yang disediakan. Bolehkah anda menyuruh pihak pengurusan hypermarket tersubut supaya meletakkan produk anda itu di rak yang paling hadapan ? Sudah pasti tidak. Melainkan hypermarket tersebut dimiliki oleh bapa anda... Jika produk anda mempunyai kualiti yang baik, mempunyai ranking yang tinggi dalam pasaran, mudah ditemukan di hypermarket2 yang lain, pendek kata semuanya perfect, kemungkinan besar pihak hypermarket tersebut dengan rela hatinya meletakkan produk anda itu di rak paling hadapan. Kebiasaannya pembeli akan membeli barang yang terletak hampir dengan mereka.

Ok, stop. Sekarang kita andaikan :
~Produk (air mineral) itu blog anda.
~Hypermarket (Giant) itu server enjin carian yang ada pada laman web direktori seperti Google, Yahoo!, AltaVista, MSN ect.
~Pembeli (Cik Kiah, Minachi, Tay Khoo Chin dan ramai lagi) itu adalah pengguna enjin carian.

Ada paham sahabat ? Ok, jika anda pernah gunakan enjin carian, pasti akan klik pada page pertama terutama pada kedudukan paling atas. Ini kerana anda menganggap ianya adalah paling baik dan memenuhi keywords yang anda gunakan ketika itu. 1 lagi ialah anda malas untuk selak page2 belakangnya. Saya pun begitu selalu... hehehee...

Selalunya spiders enjin carian akan crawl segala laman web, blog, ruangan forum ect yang ada dalam internet. Ianya bukanlah labah2 yang ada kat rumah kita tu. Jangan risau kerana labah2 tu takkan keluar dari CPU anda melainkan CPU anda penuh dengan sawang (malas kemas bilik la tu..) Robot Spiders digunakan untuk mengumpul maklumat yang terdapat di dalam sesebuah laman web. Apabila program spiders masuk ke dalam sesebuah laman web, ia akan melakukan satu proses yang dipanggil sebagai crawling atau spidering. Dalam proses ini robot spiders akan mengumpul semua perkataan dan frasa yang terdapat di dalam laman web tersebut dimana perkataan-perkataan ini akan diindekskan ke dalam pangkalan data. Kaedah ini juga dikenali sebagai indexing. Apabila seseorang masuk ke dalam servis enjin carian dan memasukkan kata kunci tertentu, enjin pencari akan memadankan soalan carian pengguna dengan perkataan yang terdapat di dalam pangkalan data. Apabila pasangan yang sama atau hampir sama dijumpai, keputusan akan dipaparkan kepada pengguna.

Apa yang perlu anda lakukan supaya blog anda mesra enjin carian ??

Menulis META TAG dalam kod HTML blog anda.

Meta tag merupakan skrip yang ditambah pada kod HTML (Hyper-text markup language) blog anda. Cuba anda bayangkan, META Tag merupakan bahagian kecil kod yang mengandungi maklumat asas tentang blog anda seperti tajuk, keterangan serta keywords. Enjin carian akan mencari kod-kod tersebut untuk menemukan maklumat apa yang tersedia di blog anda dan menghantar maklumat tersebut ke pangkalan data mereka.

Meta tag untuk blogger :
<title>Tajuk blog anda</title>
<meta name="keywords" content="keywords1,keywords2,keywords3" />
<meta name="description" content="Keterangan tentang blog anda" />
<meta name="ROBOTS" content="ALL" />
<meta name="author" content="Nama anda" />
<link rev="made" href="mailto:emailanda@gmail.com" />

Di mana harus anda letakkan kod tersebut ??
Anda pergi ke layout >>> kemudian klik Edit HTML. Selepas tu tengok skrip yang ada tulis head

Di bawah head, masukkan kod HTML yang saya berikan dalam kotak kaler biru di atas (copy dan paste).
Kemudian anda masukkan maklumat yang bersesuaian dengan blog anda. Macam saya buat blog pasal gitar. So, saya masukkan 'Welcome to GuitarVoice.BlogSpot.Com' sebagai title. Bahagian description, saya masukkan 'To understand the relationship between the guitar and voice'. Pada bahagian keywords pula, saya masukkan 'guitar,voice,tabs,chords,online,electric,acoustic,muzic,song,unplugged,rock,solo,ultimate,lesson'. Tu untuk blog saya lah. Untuk blog anda seharusnya lain... melainkan anda mempunyai blog yang topiknya sama macam saya :). Lepas settle, apa lagi. Klik la kat Save Template.


Klik View Blog untuk tengok blog anda tu...
Akan muncullah blog anda yang dah ditambah meta tag (tapi dalam gambar tu blog saya da...). Nampak takder beza... Bagi mata kasar kita memang takder apa-apa yang bertambah. Tetapi bagi robot spiders, dia akan perasan. Ok, cuba anda right klik kat blog anda tadi tu. Kemudian klik kat View Page Info. Macam gambar di bawah ni.Apa yang keluar ??? Itulah maklumat pasal blog kita tu. Apa yang kita masukkan tadi, ada dalam Page Info seperti title, description dan keywords. Sila lihat gambar di bawah. Robot spiders akan mengindex atau crawl zahir dan batin blog anda tu. Jika anda rajin update blog anda maka, robot spiders akan singgah dengan lebih kerap lagi untuk mengindex bahan-bahan baru anda itu dan menghantar maklumat tersebut ke enjin pencari.
Rasanya cukup buat masa ni. Letih mata mengadap pc lama-lama. Ok, untuk pelajaran yang akan datang... hmmm... pasal apa ya ??? Oh ya, pasal bagaimana nak menghantar blog kita ke laman web direktori. Jumpa lagi...

Update earning kejap...
Lebih kurang macam hari-hari yang lepas. Masih boleh up lagi nih. MALAYSIA BOLEH !!!

Step 2 : Meletakkan iklan2 Adsense di blog anda (Blogger.com)

Seperti yang dijanjikan, aku akan story pasal macam mana nak letakkankan iklan-iklan Adsense kat blog yang sudah dibuat tu. Ini PENTING ya !!!! Jika tiada iklan bermaksud tidak akan ada klik. Kalau takder klik, maka tiadalah pendapatan. Pasal sekarang kita sedang gunakan Blogger, aku akan ajar step by step cara menggunakannya. Ok, aku tukar kata ganti nama... anda dan saya... :)1. Cuba lihat gambar di atas. Sila pergi ke Layout >>> kemudian klik ke Page Element.
Anda akan dibawa ke 1 page dimana anda boleh masukkan apa sahaja ke dalam blog anda termasuk Adsense. Sekarang klik pada kotak yang ada tertulis Add Page Element.


2. Bahagian yang saya kotakkan dengan warna merah ialah tools untuk kita masukkan iklan Adsense ke dalam blog kita. Jadi, klik saja pada Add To Blog.


3. Jika pihak Google sudah meluluskan akaun Adsense anda, masukkan saja alamat e mail yang anda gunakan sewaktu mendaftar Adsense serta poskod ataupun no telefon anda.


4. Di sini, ada 2 elemen yang boleh kita adjust.
-Format : iaitu stail serta saiz iklan. Klik sini untuk panduan format iklan.
-Colors (Warna) : anda boleh tentukan warna iklan (border, background,title serta url).

Di sini ada tips. Jika anda gunakan template putih dalam blog anda, maka gunakanlah layout putih juga kepada iklan Adsense anda. Ini bertujuan untuk menjadikan iklan tersebut seolah-olah sebahagian daripada isi kandungan blog anda. Kemungkinan besar para pelawat akan klik pada iklan tersebut kerana menyangka ianya adalah content anda.Yang bertanda anak panah adalah iklan Adsense. Nampak tak...? Ianya kelihatan macam sebahagian daripada content blog anda. Jika ada pelawat yang klik di situ, maka anda akan dapat duit.

Tips yang lain pula, anda juga boleh gunakan teknik kontras di mana warna latar iklan amat berlawanan dengan warna latar blog anda. Sebenarnya banyak lagi teknik-teknik yang digunakan oleh expert Adsense. Cuma pada kali ini, cukuplah anda mengetahui cara-cara untuk meletakkan iklan Adsense anda pada blog Blogger. PENTING !!!! JANGAN SESEKALI KLIK PADA IKLAN ANDA SENDIRI ATAU MENYURUH ORANG LAIN KLIK PADA IKLAN ANDA. Jika anda dikesan oleh pihak Google, akaun anda akan di senarai hitam selama-lamanya. Tiada kompromi dalam hal ini.

Gambar di bawah ialah ruang-ruang yang sesuai untuk anda letakkan iklan-iklan Adsense anda.
Kotak yang warnanya lebih gelap (warna jingga dan oren) adalah ruang yang mendapat lebih banyak klik daripada pengunjung/pelawat. Manakala kotak yang lebih cerah (warna kuning dan putih) kurang mendapat klik.


Tips : Kalau boleh gunakan juga nama adik beradik, isteri, parent anda dan orang-orang yang anda percayai (kalau mereka tidak menyertai Adsense) untuk mendaftar akaun Adsense anda yang lain. Ingatlah bahawa dunia internet penuh dengan kemungkinan. Ini kerana orang-orang yang berada di luar sana tidak semuanya baik. Jika mereka klik berkali-kali pada Adsense anda, berkemungkinan akaun anda akan diban kerana pihak Google akan menganggap invalid click. Bak kata peptah, SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN.

Ok kita switch to normal.... aku harap panduan yang diterangkan di atas dapat difahami. Actually aku buat blog ni cuma nak tolong rakyat Malaysia atau mana-mana manusia di atas muka bumi ini yang nak belajar buat duit melalui program Adsense dalam Bahasa Malaysia. Kalau dalam bahasa omputih dah beribu-ribu panduan ditulis. Satu lagi, aku juga masih dalam proses study dan masih banyak yang aku tak tau. Ada cerdik pandai mengatakan, kita tidak akan menerima jika kita tidak memberi. Jadi aku harap dan berdoa semoga lebih banyak input akan aku dapat untuk aku kongsikan di sini...Update earning... 9.65usd. Hmmm.... ok la tu. Sekurang-kurangnya lebih banyak sedikit daripada yang lepas-lepas. Alhamdulillah... Hehehee.. aku dah tukar bahasa kepada Bahasa Indonesia dalam akaun Adsense aku. Paham la sikit, pasal my English language is very very poor... Untuk posting yang berikutnya, aku akan story serba sedikit pasal macam mana nak dapatkan visitors. Tunggu....

Step 1 : Mendaftar akaun Adsense dan Blogger (ianya percuma !!!)

Aku menggunakan kata ganti nama 'saya' dan 'anda' untuk lebih profesional dan lebih sopan. Ok, teruskan membaca....

1. Sebelum anda ingin mendaftar Adsense, anda terlebih dahulu perlu memiliki sebuah laman web atau blog. Ok, anda boleh menggunakan Blogger atau pun Google Page Creator sebagai permulaan. Jangan risau jika anda tak pernah menghasilkan sebarang blog sebelum ini kerana ianya mudah dan yang penting PERCUMA. Nanti saya akan ajarkan bagaimana.

2. Daftar akaun adsense anda di sini. Pastikan nama penuh serta negara anda betul kerana dua perkara tersebut tidak boleh diubah selepas anda mendaftar.

3. Lepas daftar tunggu e mail daripada mereka untuk kelulusan. Kalau blog anda dalam Bahasa Inggeris dan isi kandungannya bagus serta fresh content pihak Google takder masalah untuk meluluskan permohonan anda.

Senangkan....

Lagi bagus buka 1 akaun Google kerana anda boleh dapat 1 e mail, blog dan adsense menggunakan 1 username yang sama. Ok, sekarang saya nak beritahu bagaimana nak buat blog melalui Blogger. Pergi ke website Blogger dan daftar. Pergi sekarang... ingat masa tidak pernah menanti anda.

Saya terus skip ke langkah dua iaitu membuat serta menamakan blog anda. Terpulang pada anda untuk menamakan blog tersebut janji anda enjoy. Saya berikan contoh. Saya nak buat blog pasal gitar. Jadi saya bubuh tajuknya (title) 'Welcome to GuitarVoice.BlogSpot.Com' dan URLnya http://guitarvoice.blogspot.com
Kemudian taip word verification dan....klik continue. Anda akan dibawa kepada 1 page dimana anda boleh memilih template.Pilihlah mana-mana template yang anda suka janji enjoy...

So, apa lagi...? Klik kat start blogging... Jangan tunggu lama-lama. Nanti lemau... Hehehee... gurau sajer...Tulis apa sahaja yang berkaitan berkenaan tajuk anda. Isi kandungan boleh anda cari melalui carian enjin (search engine) Google, Yahoo, MSN dan lain-lain, jika anda tidak mempunyai idea untuk menulisnya dalam Bahasa Inggeris. Tetapi pastikan anda mengubah sedikit perkataannya supaya menjadi fresh content. Ini untuk mengelakkan pihak carian enjin menganggap kita duplicate content orang lain.
Bila sudah selesai klik la kat Publish Post. Bermakna post tersebut sudah boleh dibaca oleh semua orang dan juga spider-spider search enjin boleh crawl isi kandungan blog kita tu.
Tadaaa.... Maka terhasillah 1 blog buatan anda sendiri. Amacam, bangga tak ???
Anda juga boleh memasukkan gambar, muzik serta video untuk menjadikan blog anda lebih menarik. Yang penting... anda enjoy.

Lagi video untuk memudahkan anda faham untuk buat blog gunakan Blogger.com


Ok, aku tukar kata ganti nama balik.. Sebenarnya banyak lagi laman-laman web yang menyediakan blog-blog percuma. Blogger hanyalah salah daripadanya. Kalau rajin taiplah keyword 'free blog' kat enjin carian. Berlambak ada... setakat hari ini ada 128,000,000 hasil carian pasal 'free blog'.

Jam sekarang dah pukul 10.30pm. Aku rasa nak stop, tapi masih banyak lagi mender yang aku nak tulis pasal Adsense nih. Hmm... apa kata survey ??? Nak stop dulu atau nak sambung ha??? Aku rasa aku nak stop setakat ni. Pada post yang akan datang, aku akan cerita pasal nak letakkan iklan-iklan Adsense dekat blog atau website. Ok, chow...

Amender Adsense tu ???

Lupa aku nak story sedikit sebanyak pasal adsense nih. Sebenarnya program ni adalah pengiklanan melalui internet yang disediakan oleh pihak GOOGLE. Kalau perasanlah, jika masuk dalam kebanyakan laman web atau blog-blog pasti ada di beberapa sudut diletakkan iklan. Banyak program pengiklanan dalam internet ni tapi aku highlight pada adsense saja. Pasal apa ? Nantilahlah aku cerita pasal apa aku tertarik pada adsense. Ok, kita sambung... kalau nak tahu iklan-iklan tersebut senang jer. Kalau ada tulis 'Ads by Google' tu ialah iklah adsense. Tengok gambo kat bawah nih...Yang dalam bulatan tu adalah iklan adsense. So, senangkan nak trace adsense nih. Tu bagi mereka yang dah tahu. Kepada yang tak tahu mungkin akan menganggap iklan tu adalah sebahagian daripada isi kandungan laman web tersebut. Akhirnya mereka akan klik pada iklan yang ada. So apa akan jadi ?? Jawapannya ialah, pemilik laman web tersebut akan mendapat wang daripada Google.

Jumlah wang yang diperolehi dari setiap klik tidak menentu. Itu bergantung pada pihak Google. Tapi yang aku tahu, keywords memainkan peranan besar. Aku pernah mendapat cuma 0.01usd per klik (tu selalu sangat...). Pernah juga aku mendapat hampir 2usd per klik (tu kadang-kadang...). Bak kata pepatah 'Sikit-sikit lama-lama jadi bukit'. Bila earning kita mencapai 10usd, pihak Google akan menghantar no PIN ke alamat rumah kita melalui pos. Kita harus masukkan no pin tersebut dalam akaun adsense kita. Tujuannya ialah pengesahan alamat. Untuk pihak Google sahkan alamat kita tu betul supaya cek payment kita akan sampai ke alamat yang betul.Pas tu bila earning kita mencecah 100usd atau lebih, barulah kita akan dapat cek yang kita idam-idamkan tu.Kita boleh depositkan cek tersebut kat mana-mana bank yang kita ada akaun seperti Maybank, CIMB, Bank Islam dan lain-lain. Tu kena tunggu 2,3 minggu baru clear. Cas yang dikenakan bergantung pada bank tersebut. Mungkin dlm RM5 sehingga RM25.

Ataupun kita boleh cashkan kat mana-mana bank yang ada perkhidmatan 'Western Union'. Tu on the spot dapat duit. Nak tahu senang jer... ala, yang ada signage kaler kuning tu... Pas tu ada tulis besar-besar Western Union. Cas yang dikenakan lebih murah mungkin tak sampai RM5. Kalau aku salah tolong beri tahu dalam ruangan komen yer...

Ok, ni ada video untuk lebih memahami Adsense... Enjoy...


Nanti aku akan sambung balik... mata dan ngantuk. Nak berasap jap. Kasik rileks sikit jari jemari ni..Update earning... Masih sama da lebih kurang. Ni yang kena kerja lebih kuat lg nih... MALAYSIA BOLEH !!!

Update earning hari ini 8 April 2008

Actually aku tak tau nak tulis apa lagi. Just update sebagai kenang-kenangan kalau aku tengok balik di masa hadapan nanti... Kat bawah ni, earning terkumpul setakat ni.Hai... kalaulah hari2 income aku macam total bulanan aku kan best.

Tak buat apa-apa ?

Aku sejak 4 hari bulan hari tu tak update mana-mana blog pasal sibuk dengan keluarga. Pagi ni agak free. Masa yang aku ada ni cuma sejam lebih sebelum aku offline dan keluar. Tak banyak yang boleh aku buat sekarang. Hmmm... aku nak carik idea jap.Bolehlah... janji adakan...

Impian seorang businessman...ehem..ehem..

Inilah kali pertama aku menulis di blog ni. Apa nak tulis ??? Hmm... mestilah tentang buat duit melalui adsense. Memang banyak yang aku dah tahu dan belum tahu pasal menatang Adsense nih. Income aku ? Biasa-biasa saja. Tak sehebat orang lain. Tapi aku yakin boleh ditingkatkan lagi kalau betul caranya. Actually aku ni memang seorang bizman. Karier aku ialah ialah sebagai seorang kontraktor sepenuh masa. Bukan kontraktor ali baba yang dpt projek pastu sub kat orang bulat-bulat tu. Tu lah sedikit cerita tentang aku kepada sesiapa yang tersesat masuk ke sini.

Sebelum aku buat blog nih, aku dah pikir nak jadikan blog ni macam sebuah diari tentang adsense. Segala usaha dan pengalaman serta pengetahuan-pengetahuan baru akan aku update dari semasa ke semasa. Dari situ aku juga dapat lihat adakah income aku akan bertambah atau pun tidak. Buat permulaan ni aku target aku ialah sekurang-kurangnya 35USD sehari. Kalau sebelum ni sekitar USD 3,4...8 je. Tapi rasa bangga gak pasal member-member aku yang lain langsung tak tau pasal cara-cara nak buat duit melalui internet ni. Ada tu yang kerja sebagai engineer dan IT programmer lg...

Ok, nanti-nanti aku sambung balik. Menceceh banyak-banyak pun tak guna. Buang masa jer.. heheheee... Sebelum tu, aku nak letak screen shot earning aku pada hari ini. Tu sebagai tanda aras. Maksud aku earning aku untuk esok seharusnya lebih tinggi dari hari ini... begitulah seterusnya. Amin...
Hmm...bolehlah. kalo tukar kepada RM, boleh lepas duit minyak dua hari. Alhamdulillah :)

*Pas ni aku akan update dengan artikel-artikel tentang adsense dalam BM dan BI. Kiranya blog ni akan jadi macam rojak. Hehee.... jangan marah !!!

Read me first

Sila baca posting paling belakang dahulu untuk pemahaman yang jelas.

Post views hit counter

Recent Visitors