Selama ni, kita hanya tahu Google merupakan sebuah laman web enjin carian. Tetapi pernah tak kita terfikir mereka-mereka yang bekerja di belakang tabir Google Inc yang terletak Mountain View, California? Bagaimana mereka bekerja? Bagaimana suasana ofis mereka? Adakah sama dengan ofis kita? Oleh itu saya mengajak anda semua meninjau-ninjau apa yang ada dalam pejabat Google.
Buat pengetahuan semua, Google telah dinobatkan sebagai tempat bekerja paling selesa & terbaik di dunia. Ini kerana mereka menjaga kebajikan pekerjanya ke tahap paling optimum. Semua ini dilakukan untuk memastikan kualiti kerja & produk Google sentiasa terbaik.
Nak tahu bagaimana mereka menjaga staff mereka? Kalau anda tahu, sure anda juga nak bekerja kat sana. Cuba baca lagi di bawah ni...
Kat sana, tak der istilah stress atau tekanan kerja. Kapsul Penghilang Tekanan (Stress) yang kedap bunyi & cahaya seperti gambar di bawah ini direka khas untuk tujuan itu.
Sekali tengok macam ufo da...
Letih nak turun tangga? Kalau anda staff Google, anda boleh turun ke tingkat bawah dengan menggunakan gelongsor. Syok gak kan...
Pekerja Google bebas memilih makanan kegemaran mereka dari barisan makanan & minuman istimewa yang dihidangkan setiap hari. Kalau saya kerja kat sana, saya bawa bekal sendiri pasal compom takder sijil halal dari Jakim.
Setiap pekerja mempunyai sekurang-kurangnya 2 skrin LCD besar untuk mereka bekerja. Mereka boleh minta lebih jika mereka mahu.
Kalau saya, saya nak skrin plasma 60". Hehh...
Papan putih (whiteboard) ada hampir di mana-mana. Idea & inovasi timbul tidak mengira tempat, jadi mereka boleh melahirkan idea-idea tak kira di mana saja.
Tengok tempat discuss dia orang. Sungguh kreatif, sampan pun depa balun buat tempat duduk.
Ni yang best. Meja pool, permainan video dan sebagainya juga berada di pelbagai kawasan. Agak-agak kalau takder mood kerja, layan seround dua.
Mamat yang tengah nak jolok bola snoker tu maybe mat despatch Google. Pakcik yang duduk tu mungkin tukang kebun yang nak melepaskan lelah masing-masing setelah seharian bekerja. Cool beb...
Google menyediakan 'gondola khas' untuk setiap pekerja berkomunikasi dalam suasana penuh privasi.
Ruang minuman untuk pekerja berehat sementara menunggu komputer atau kerusi mereka yang rosak dibaiki. Macam ni punya bagus company, sure ada yang nak kerja kat sana sampai mati.
Nampak macam ada set karaoke. Inilah syurga bagi kaki karaoke seantero dunia. Hehee...
Kaki terkehel atau terseliuh? Tak payah pergi jumpa Tok Moh... Tukang urut professional tersedia jika sesiapa memerlukan.. Bersama ruang urutan yang eksklusif.
Pergh...
Ruang rehat dengan kerusi urut sambil pekerja menikmati pemandangan akuarium yang mendamaikan. Fuh!
Bilik bacaan yang sangat kondusif untuk pembacaan. Ratusan buku tersedia termasuklah yang berkaitan pengaturcaraan.
Kat gambo atas saya tak nampak sorang pun yang baca buku. Berdiscus ke bersembang? Hehehee...
Itulah sedikit sebanyak gambaran kat Google. Amacam, nak jadi staff Google ker? Saya dah jadi staff mereka dah? Tapi bukan secara rasmi la. EPF, SOCSO takder. Takperlah... janji ada gaji hujung bulan dari Adsense. Anda kalau join Adsense, secara automatik anda jadi staff Google. Jadi part time staff memang best pasal keseronokan bekerja serupa seperti bekerja kat opis mereka kat California tu. Bestnya pasal masa yang fleksibel, boleh main-main, kalau ada idea baru kerja, kalau takder idea boleh tido atau main game...
Sumber gambar : Email dari Epong (member saya).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan