Walapun memerlukan sedikit masa untuk kita submit blog kita ke laman-laman direktori, namun proses ini penting untuk kita dapatkan backlink. Saya berikan contoh laman direktori itu sebagai buku Yellow Pages. Di situ ada beribu-ribu senarai no telefon (no telefon, kita andai sebagai laman blog anda). Jadi jika kita ada menghantar laman blog kita ke laman direktori, maka blog kita akan disenaraikan dalam list mereka. Jadi blog kita tersebut akan lebih mudah diketemukan oleh pelawat dalam internet. Mungkin ada kekeliruan diantara enjin carian (search engine) dan laman web direktori. Di bawah ini saya terangkan perbezaannya.
Yang saya tahu enjin carian adalah perkhidmatan mencari maklumat menggunakan kata kekunci/keyword (perkataan ataupun angka) di internet. Biasanya enjn carian akan menghantar robot spiders untuk merayap (crawling) ke setiap website serta blog yang ada di internet. Proses ini adalah automatik. Maklumat yang mereka perolehi itu akan diindekskan dalam pangkalan data mereka. Jika ada pengguna enjin carian menaip kata kunci tertentu (maklumat yang pengguna mahukan), laman web-laman web yang tersenarai dalam pangkalan data mereka akan tertera.
Mengenai laman direktori pula, anda perlu menghantar blog/website (alamat URL) anda kepada mereka secara manual. Seperti yang saya katakan, laman web direktori adalah seperti Yellow Pages. Jika anda tidak submit maka URL anda tidak akan tersenarai. Maka peluang anda untuk mendapatkan pelawat/visitor adalah kurang. Ok kat bawah ni saya akan berikan cara bagaimana nak menghantar blog kita ke laman direktori.
Google : http://www.google.com/addurl.html klik sini
Masukkan URL blog anda dan tulis semua perkataan yang tertera dalam kotak (untuk pihak Google mencegah spamming). Kemudian klik 'Add URL'. Cukuplah 1 contoh saya berikan. Yang lain-lain tu lebih kurang sama saja.
Yahoo : https://siteexplorer.search.yahoo.com/submit
MSN : http://search.live.com/docs/submit.aspx
Sebenarnya ada berjuta laman web direktori dalam internet. Anda boleh taip 'free submit URL' kat search engine. Kat situ anda boleh submit URL anda selagi anda terdaya. Maklumlah ada terlalu banyak laman web yang menyediakan perkhidmatan ini. Sama ada percuma atau berbayar. Untuk permulaan gunakanlah yang percuma. Kalau ada modal, barulah boleh submit kat yang berbayar pula. Selalunya yang berbayar tu, kita tak perlu habiskan banyak masa. Cuma beberapa klik saja URL kita akan dihantar ke beratus-ratus atau beribu-ribu laman direktori yang disenaraikan. Terpulanglah kepada anda. Buat masa ini saya masih gunakan perkhidmatan yang percuma. Hehehee...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan