Ini adalah bab yang paling penting. Kerana jika tiada pelawat, maka tiadalah klik. Jika tiada klik maka tiadalah income/pendapatan. Samalah seperti anda membuka kedai. Kalau tiada orang yang datang ke kedai anda maka tiadalah barang yang dijual. Yang bestnya pasal internet ni ialah, blog anda boleh dilawati oleh berbilion-bilion orang dari seluruh dunia. 24 jam sehari...7 hari seminggu...Non stop !!! Inilah dunia tanpa sempadan. Jika anda boleh tarik 0.1% sahaja daripada jumlah pengguna internet seluruh dunia, maka anda akan kaya raya. Pendapatan anda boleh mencapai sehingga 4,5,6 angka malahan lebih dari itu.
Hmmm... anda sudah teruja? Terkesima ??? Macam lagu Dato' Siti Nurhaliza la pulak... Gurau-gurau saja... Boringkan kalau asyik serius. Sembang-sembang jugak. Ok, let's go to the point...
Untuk posting kali ini saya akan cerita serba ringkas tentang SEO. Amender SEO tu ?? Bagi mereka yang sudah biasa dengan teknik marketing (pemasaran) di internet, pasti tahu apa itu. SEO ialah ringkasan bagi Search Engine Optimizer. Hanya 3 patah perkataan, namun ianya akan memberikan impak maksimum terhadap pendapatan anda. SEO lebih merupakan 1 proses, teknik serta usaha untuk halaman atau halaman-halaman blog/website mendapat tempat pada enjin carian (search engine).
Masih kabur ?? Ok, katakan anda mempunyai produk air mineral dan anda ingin memasarkannya di hypermarket Giant. Di sana ada berpuluh-puluh lagi produk air mineral yang dijual di rak-rak yang disediakan. Bolehkah anda menyuruh pihak pengurusan hypermarket tersubut supaya meletakkan produk anda itu di rak yang paling hadapan ? Sudah pasti tidak. Melainkan hypermarket tersebut dimiliki oleh bapa anda... Jika produk anda mempunyai kualiti yang baik, mempunyai ranking yang tinggi dalam pasaran, mudah ditemukan di hypermarket2 yang lain, pendek kata semuanya perfect, kemungkinan besar pihak hypermarket tersebut dengan rela hatinya meletakkan produk anda itu di rak paling hadapan. Kebiasaannya pembeli akan membeli barang yang terletak hampir dengan mereka.
Ok, stop. Sekarang kita andaikan :
~Produk (air mineral) itu blog anda.
~Hypermarket (Giant) itu server enjin carian yang ada pada laman web direktori seperti Google, Yahoo!, AltaVista, MSN ect.
~Pembeli (Cik Kiah, Minachi, Tay Khoo Chin dan ramai lagi) itu adalah pengguna enjin carian.Ada paham sahabat ? Ok, jika anda pernah gunakan enjin carian, pasti akan klik pada page pertama terutama pada kedudukan paling atas. Ini kerana anda menganggap ianya adalah paling baik dan memenuhi keywords yang anda gunakan ketika itu. 1 lagi ialah anda malas untuk selak page2 belakangnya. Saya pun begitu selalu... hehehee...
Selalunya spiders enjin carian akan crawl segala laman web, blog, ruangan forum ect yang ada dalam internet. Ianya bukanlah labah2 yang ada kat rumah kita tu. Jangan risau kerana labah2 tu takkan keluar dari CPU anda melainkan CPU anda penuh dengan sawang (malas kemas bilik la tu..) Robot Spiders digunakan untuk mengumpul maklumat yang terdapat di dalam sesebuah laman web. Apabila program spiders masuk ke dalam sesebuah laman web, ia akan melakukan satu proses yang dipanggil sebagai crawling atau spidering. Dalam proses ini robot spiders akan mengumpul semua perkataan dan frasa yang terdapat di dalam laman web tersebut dimana perkataan-perkataan ini akan diindekskan ke dalam pangkalan data. Kaedah ini juga dikenali sebagai indexing. Apabila seseorang masuk ke dalam servis enjin carian dan memasukkan kata kunci tertentu, enjin pencari akan memadankan soalan carian pengguna dengan perkataan yang terdapat di dalam pangkalan data. Apabila pasangan yang sama atau hampir sama dijumpai, keputusan akan dipaparkan kepada pengguna.
Apa yang perlu anda lakukan supaya blog anda mesra enjin carian ??
Menulis META TAG dalam kod HTML blog anda.
Meta tag merupakan skrip yang ditambah pada kod HTML (Hyper-text markup language) blog anda. Cuba anda bayangkan, META Tag merupakan bahagian kecil kod yang mengandungi maklumat asas tentang blog anda seperti tajuk, keterangan serta keywords. Enjin carian akan mencari kod-kod tersebut untuk menemukan maklumat apa yang tersedia di blog anda dan menghantar maklumat tersebut ke pangkalan data mereka.
Meta tag untuk blogger :
<title>Tajuk blog anda</title>
<meta name="keywords" content="keywords1,keywords2,keywords3" />
<meta name="description" content="Keterangan tentang blog anda" />
<meta name="ROBOTS" content="ALL" />
<meta name="author" content="Nama anda" />
<link rev="made" href="mailto:emailanda@gmail.com" />
<meta name="keywords" content="keywords1,keywords2,keywords3" />
<meta name="description" content="Keterangan tentang blog anda" />
<meta name="ROBOTS" content="ALL" />
<meta name="author" content="Nama anda" />
<link rev="made" href="mailto:emailanda@gmail.com" />
Di mana harus anda letakkan kod tersebut ??
Anda pergi ke layout >>> kemudian klik Edit HTML. Selepas tu tengok skrip yang ada tulis head
Di bawah head, masukkan kod HTML yang saya berikan dalam kotak kaler biru di atas (copy dan paste).
Kemudian anda masukkan maklumat yang bersesuaian dengan blog anda. Macam saya buat blog pasal gitar. So, saya masukkan 'Welcome to GuitarVoice.BlogSpot.Com' sebagai title. Bahagian description, saya masukkan 'To understand the relationship between the guitar and voice'. Pada bahagian keywords pula, saya masukkan 'guitar,voice,tabs,chords,online,electric,acoustic,muzic,song,unplugged,rock,solo,ultimate,lesson'. Tu untuk blog saya lah. Untuk blog anda seharusnya lain... melainkan anda mempunyai blog yang topiknya sama macam saya :). Lepas settle, apa lagi. Klik la kat Save Template.
Klik View Blog untuk tengok blog anda tu...
Akan muncullah blog anda yang dah ditambah meta tag (tapi dalam gambar tu blog saya da...). Nampak takder beza... Bagi mata kasar kita memang takder apa-apa yang bertambah. Tetapi bagi robot spiders, dia akan perasan. Ok, cuba anda right klik kat blog anda tadi tu. Kemudian klik kat View Page Info. Macam gambar di bawah ni.Apa yang keluar ??? Itulah maklumat pasal blog kita tu. Apa yang kita masukkan tadi, ada dalam Page Info seperti title, description dan keywords. Sila lihat gambar di bawah. Robot spiders akan mengindex atau crawl zahir dan batin blog anda tu. Jika anda rajin update blog anda maka, robot spiders akan singgah dengan lebih kerap lagi untuk mengindex bahan-bahan baru anda itu dan menghantar maklumat tersebut ke enjin pencari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan