Free search. Try it..

Jawab soalan di Yahoo Answers (Part 2)

Selamat Hari Pekerja kepada semua. Saya harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan gembira bersama keluarga tersayang.

Pada posting kali ini, saya nak sambung bab 'Jawab soalan di Yahoo Answers' bahagian ke dua pula. Kalau dulu saya menceritakan tentang bagaimana hendak mencari soalan yang relevent dengan niche keyword kita, sekarang ini saya hendak menceritakan bagaimana perlu kita lakukan jika tiada soalan yang relevent dengan keyword kita itu.

Apa yang perlu kita lakukan ialah buat 2 akaun Yahoo Answers. 1 untuk bertanya dan 1 lagi untuk kita menjawab kembali soalan itu lu tanya, lu jawab balik. Nampak kelakar tapi inilah 1 strategi marketing yang baik untuk kita mendapatkan backlink dari laman web Yahoo. Ingat PR untuk website Yahoo Answer ialah 8.

Jadi kita pergi ke Yahoo! Answer sekarang..

Kemudian kita 'log in' atau 'sign up' jika anda masih belum mempunyai akaun Yahoo Answers. Selepas itu kita terus masuk ke dalam akaun Yahoo Answer kita. Saya menggunakan nick saya sebagai 'Rina'.

Kemudian anda tuliskan soalan yang ayat-ayatnya ada mengandungi niche keyword anda di kotak 'Ask' sepertimana gambar di bawah.
Kemudian klik 'Post Question'.

Anda akan dibawa ke 1 page dimana anda boleh masukkan perincian tentang soalan yang anda tuliskan itu. Walaupun tidak diwajibkan untuk diisi, namun saya syorkan anda tambah sebaris ayat yang mengandungi niche keyword anda seperti gambar di bawah.
Kemudian jangan lupa klik 'Continue'.

Kemudian anda padankan kategori yang sesuai dengan blog anda. Oleh kerana blog saya berkaitan dengan kata mata berjenama, saya tick pada Beauty & Style.
Kemudian klik 'Preview'.

Beginilah rupa preview nya. Jika berpuas hati klik pada 'Submit'.

1 proses telah berjaya. Contoh seperti gambar di bawah ini.

Soalan sudah anda publishkan untuk dijawab. Sekarang tinggal 1 proses lagi, dimana anda buka 1 lagi akaun Yahoo Answer untuk menjawab semula soalan tersebut. Pastikan anda tidak tertinggal menuliskan niche keyword anda dan link blog niche anda. Caranya seperti di bawah.

Log out dan sign in dengan akaun Yahoo Answer anda yang lain. Saya menggunakan nick 'Naz' menggunakan username yang lain.

Kemudian anda taipkan niche keyword anda di kotak search dan klik butang 'search'.

Akan terpampang soalan yang baru saja anda buat. Klik pada soalan itu.

Anda klik pada 'Answer Question' untuk mula menjawab.

Semasa menjawab, masukkan link blog anda serta niche keyword anda paling kurang 2 kali.
Kemudian klik 'Preview'.

Beginilah rupanya. Jika berpuas hati, klik pada 'Submit'.

Akan terpampang page yang sebegini yang menunjukkan proses menjawab telah berjaya.
Kemudian dalam masa beberapa hari, anda pilihlah jawapan anda itu sebagai jawapan terbaik dan tutup soalan itu kepada publik.

Anda boleh gunakan cara ini untuk blog-blog anda yang lain. Ada beberapa kelebihan menggunakan cara ini antaranya :
1. Jika tiada niche anda dalam Yahoo Answer. Jadi anda boleh tanya dan jawab balik.
2. Mendapatkan backlink dalam Yahoo.
3. Memaksa spiderbot untuk crawl blog anda.
4. Mendapatkan free visitor yang kebetulan ingin tahu tentang topik tersebut.

Saya harap tutorial ringkas ini dapat membantu anda dalam menjana pendapatan sampingan melalui Adsense. Selamat Maju Jaya...

Dari hulu pergi ke muara,
Sampai di muara bermandi manda,
Jika saya jarang bersua,
Cuma menyepi untuk seketika..


Salam sayang dari saya untuk semua.. ;)

32 ulasan:

a.b geldofg berkata...

tq bro

Naz berkata...

Ab..
Sama2. hang dah start buat adsense ker?

Tanpa Nama berkata...

Trime kasih naz sibuk nampak,forum lama x update

Naz berkata...

Tanpa Nama..
Siapa di sana ya?? nnti saya update kat forum. minta maaf kerana lama dah x dtg menjengok. :)

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum

Bro Naz saya beli...

Menyingsing malam sunyi dan sepi,
Tidur cik minah tidurnya mati,
Lama sudah saudara hilang menyepi,
Tidak lupa ilmu untuk dikongsi,

Pokok raja teguh tunjangnya,
Hilang tunjang menyembah bumi,
Bila kapal hilang kaptennya,
kapal ada hilanglah isi,

ZHA berkata...

Lama x update Naz. Wah, ada tips baru la. nanti saya cuba. tqvm.. :)

Naz berkata...

Tanpa nama (misteri sungguh hang ni)...

saya jual balik...

Sudah berpurnama menyepi diri,
baru hari ini hamba kembali,
bukan bermaksud tiada di hati,
untuk berkongsi apa yang dipelajari..

Kapten gelaran di atas samudera,
Pilot pula di angkasa raya,
Jika kapten tiada di nakhoda,
Co pilot kan ada...

Insyaallah saya akan kembali ke forum dlm masa terdekat ini. :)

Tanpa Nama berkata...

Makaseh admin sudi kongsi.

Buat Duit

Mantra berkata...

Wah tak terpikir plak. Idea bijak ni. Thanks Naz :)

Naz berkata...

Mantra...
sama2... :)

Anak Pendang Sekeluarga berkata...

Salam,apa khabar,saya dah kembali ke blog,minta maaf menyepi lama,lama saya tak tulis di ruang komen ini.hu3o...terima kasih...

rockmetaller berkata...

senang belajar dgn brader naz,main gitar pandai,cipta lagu pndai,ajar org guna intnernet pndai.complete abg naz kite...eh..ketua kg kirim salam..haa..seram tk?

Naz berkata...

rockmetaller...
jng la puji lebih2... hahahaha...
seram giler ni... ni tok ketua kg mana pulak yg kirim salam ni bro? seram jugak aku nak menjawabnya... Waalaikumsalam wbt...

rockmetaller berkata...

hahaha..tau seram...hahahahhaa!!!wheres your new song>?

nape tk buat cd,n jual?

ha..best kn idea?

Naz berkata...

dah hapdet dah pun.. g la komen kat sana... ;)

aku blum terfikir nak wat cd... layan hobi jer.. hehehe...

abang besi berkata...

assalamualaikum..naz,leh tlg ajarkan tk?kn aku nye blog tuh,klu org komen,mesti aku kena approve dulu,br komen tu nk keluar.

jd skrg nih,

aku nk buat,org komen je,komen tu trs keluar,mcm blog ko nih.

blh tk?ajarkan...sian gua kene approve dl..huhu..

eh,ada lg,pastu nk tye...mcm blog ko ni kn,klu org komen,komen tu trs keluar kn,..dia ada bgtau kt emel dl tk yg ada org komen:?sbb klu mcm yg aku punya skrg ni,dia anta emel dl,dia akan bgtau ada org komen,nk publish ataupun tak.
aku suka mcm tu,sbb kita akan tau ada org yg komen,tk pyh nk cek satu2..

incik naz yg baik hati,manja, comel,pandai main gitar,pandai i.t,tolonglah ajarkan gua yg th pape nih..huhu..

Naz berkata...

abang besi...
Waalaikumsalam wbt... ok, kalo nak wat mcm tu, ko wat camni :
1. login dan g 'dashboard'
2. klik kat 'setting'
3. klik kat 'Comments'
4. scroll ke 'Comment moderation' dan klik kat 'never'
5. masukkan alamat email ko kat dlm kotak kaler kuning tu. bila ada komen pertama dan seterusnya masuk, ko akn dpt komen tu melalui email...
6. pastu ko boleh layan maen gitar.. hehehehe....

ko ni pandai jer nak amek hati aku... mcm awek da.. hehehehe... :p

Naz berkata...

abang besi...
aku tersilap 1 step utk email alert komen tu...
bukan masukkan email address kat kotak kaler kuning, tp kat kotak 'Comment Notification Email'....
hehehehe... jangan mare...

abang besi berkata...

incik naz-terima kasih banyak2 =)

dh buat dh.

senang je upenye ye.tp klu dh tak reti tu,sng cmne pon tk blh jugak,,,huhu...

terima kasih daun keladi,
gulai ikan sayur petola,
lain hari tolong lagi,
ilmu berkat dpat pahala=)

terima kasih guru!

abang besi berkata...

in cik naz,,,testing testing jugak kt sini ..eheh..

Naz berkata...

abang besi...
sama2... ala, ko godek2 jer kat dlm dashboard tu... mesti tau punyer la..

ke bazar ramadhan membeli sira,
jangan lupa membeli dadih,
ilmu sikit dikongsi bersama,
takder hal bro anytime babehh...

heheheh...

abang besi berkata...

ada satu tribute utk incik naz,walaupun gua tk pakar,namun i'll try for you!yeah!

Naz berkata...

mcm menarik jer abang besi.. akan ku tunggu... :)

abang besi berkata...

lama gile cik naz tk update blog ni..nape?
naz,nk mintk tunjuk ajr lg.cmne nk buat video utube mcm incik naz?ala,mksud gua...video tu kuar tulisan tulisan lirik tu..hhehe...

blh tunjukajar ku sifu ?
terima kasih....

Naz berkata...

Abang besi..
boleh... aku guna 'window movie maker' jer. rasanya setiap pc yg ada microsoft windows ada software ni... cuba ko try godek2 dulu kat pc ko tu...

abang besi berkata...

ok naz...tq....(sbnrnya tk reti)hahahahah..tkpe la naz..heheh...

=P

Naz berkata...

Abang besi...
lorr... mcm tu jer... hahahaha.. sabo jer aku..

Putra Al-Maliki berkata...

salam aidilfitri. maaf zahir & batin... =)

Naz berkata...

Putera...
SELAMAT HARI RAYA.. MAAF ZAHIR BATIN juga dari saya...

wh0se berkata...

nampak macam sukar..tetapi pas ikuti tutotial nie nampak mudah..thankz kerana berkongsi...

Naz berkata...

whose...
sama2... apa yg saya tahu sy kongsikan bersama... :)

Anak Pendang Sekeluarga berkata...

salam...zaman sekarang banyak masjid dibina bukan atas dasar taqwa..berbeza dgn zaman nabi saw,masjid dibina atas dasar taqwa,walaupun berbumbung pelepah tamar dan berlantaikan tanah,namun masjid di zaman nabi hidup 24 jam,,sehinggakan orang kafir/yahudi/munafik pun terkesan dengan amalan masjid di zaman nabi....sekarang banyak berbeza dek kerana pukulan akhir zaman...

Read me first

Sila baca posting paling belakang dahulu untuk pemahaman yang jelas.

Post views hit counter

Recent Visitors