Free search. Try it..

Perkasakan blog dengan keyword (Part 2~HTML Template)

Pada bab sebelum ni, saya ada tulis pasal keyword pada META Tag. Jadi sekarang kita kayakan lagi blog kita dengan keyword yang telah dipilih. Di mana kita boleh letakkannya? 1 soalan yang bagus dan direct to the poin. Ok, kepada sesiapa yang baru berjinak-jinak dengan adsense, ingin saya katakan, keyword merupakan salah 1 elemen yang penting. Tanpa keyword (topik dan niche) yang khusus, blog atau web kita akan jadi carca marba. Jadi sukar untuk kita mendapatkan trafik yang berkualiti serta pelawat yang setia. Mengikut pengamatan saya, 50% sehingga 85% trafik datangnya dari search engine. Yang lebihnya dari link exchange (pertukaran link), email, siggy, ruangan forum dan sebagainya. Untuk memadatkan blog kita dengan keyword yang telah dipilih, kita perlu meletakkan keyword tersebut pada :

1. HTML template
Letakkan keyword yang telah kita pilih itu pada:
1. Header
2. Outer-Wrapper
3. Headings
4. Posts
5. Comments
6. Sidebar Content
7. Profile
8. Footer

Bagaimana untuk kita mencari tempat-tempat tersebut sedangkan terlalu banyak perkataan di dalam kod HTML tersebut? Caranya mudah sahaja.

Sila taip pada keyboard CTRL+F
Kotak find akan keluar seperti gambar di atas. Fungsi kotak tersebut lebih kurang macam search engine, tetapi ia cuma mencari perkataan dalam page yang sedang kita buka sahaja.

Jadi taipkan
/* Header
Sila lihat gambar di bawah.
Selepas itu masukkan keyword. Saya gunakan keyword saya sebagai contoh :
Coach Samantha Sunglasses

Jadi saya masukkan keyword tersebut di sebelah Header.
Pastikan kelapan-lapan tempat tersebut diisi dengan keyword dengan menggunakan cara di atas.
1. Header
2. Outer-Wrapper
3. Headings
4. Posts
5. Comments
6. Sidebar Content
7. Profile
8. Footer

Bila semua selesai jangan lupa klik 'Save Template'.

Cukup setakat ini dan saya update lagi untuk part 3 tajuk ini pada hari yang akan datang.

Tiada ulasan:

Read me first

Sila baca posting paling belakang dahulu untuk pemahaman yang jelas.

Post views hit counter