Free search. Try it..

Perkasakan blog dengan keyword (META Tag)

Selepas kita mendapatkan niche, keyword yang kurang saingan tetapi tinggi permintaan dalam search engine, tibalah masa untuk kita memadatkan blog dengan keyword niche yang telah dipilih. Selain pada alamat url serta tajuk blog, keyword tersebut perlu diletakkan di setiap pelusuk blog kita... zahir dan batin. Ok, kita start sekarang...

Pada dashboard blogger.com kita, klik pada layout.

Kemudia klik pada Edit HTML.
Di bawah head, adalah tempat untuk kita masukkan Meta Tag.
Masukkan Meta Tag dan klik Save Template.
Satu proses telah berjaya.
Kepada yang mereka yang tak baca posting saya yang lepas, biarlah saya terangkan sekali lagi. META Tag merupakan skrip yang ditambah pada kod HTML (Hyper-Text Markup Language) blog anda. META Tag merupakan bahagian kecil kod yang mengandungi maklumat asas tentang blog anda seperti tajuk, keterangan, keywords serta nama penulis blog (Sebenarnya macam-macam lagi boleh diisikan). Enjin carian akan mencari kod-kod tersebut untuk mengumpul maklumat yang ada di blog kita dan menghantarnya ke pangkalan data mereka. Boleh dikatakan META Tag adalah kad pengenalan blog kita.

Di bawah ini saya sediakan kod-kod HTML META Tag untuk blogspot :


<title>Tajuk blog anda</title>
<meta name="keywords" content="keywords1,keywords2,keywords3" />
<meta name="description" content="Keterangan tentang blog anda" />
<meta name="ROBOTS" content="ALL" />
<meta name="author" content="Nama anda" />
<link rev="made" href="mailto:emailanda@gmail.com" />



Jadi anda boleh copy dan pastenya dalam blog anda sendiri. Pastikan ianya kaya dengan keywords niche blog anda.

Sebagai contoh, untuk blog niche yang saya buat : http://coach-samantha-sunglasses.blogspot.com :-
Title : Coach Samantha Sunglasses
Keywords : coach samantha sunglasses,eyeglasses,eyewear
Description : The Coach Samantha Sunglasses is based on the fundamental principles of distinctive American style and enduring quality. The Coach Samantha Sunglasses provide clean, modern shapes with classic styling and proprietary Coach treatments. With bold, wearable colorations and innovative temple design elements, the collection offers eyewear for both new and loyal Coach customers alike.

Saya gunakan 4 kali keyword 'Coach Samantha Sunglasses' dalam META Tag saya. Jangan terlalu banyak kerana search engine akan menganggap kita spam keyword. Bagaimana hendak mencari maklumat untuk kita isikan dalam META Tag jika kita tiada idea ataupun malas nak pening-pening kepala nak karang sendiri? Ok, saya akan ceritakan serba ringkas cara-caranya.

1. Taip keyword kita itu dalam search engine.
Pilih mana-mana web yang kita fikir sesuai (tak semestinya yang no.1).
Untuk melihat kod HTML web ini, tekan CTRL+U.
Jadi, ambil saja maklumat yang ada dan gunakan dalam blog kita. Jika rasa tidak tepat atau tidak mencukupi, kita boleh lakukan kaedah yang sama pada web-web yang lain sehingga kita rasa puas hati dengan gabungan maklumat-maklumat yang baru. Tetapi PASTIKAN ianya dikayakan dengan keyword niche kita.

Saya rasa cukup dulu untuk bab ini. Nantikan sambungannya pada posting yang akan datang. Bila saya pree, saya akan update.

1 ulasan:

user berkata...

kalau kita letak 1 jer keyword kat Meta Keywords boleh ker?

Read me first

Sila baca posting paling belakang dahulu untuk pemahaman yang jelas.

Post views hit counter