Free search. Try it..

Gunakan Google Webmaster Tools

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Dalam posting pada kali ini saya nak cerita sket pasal cara-cara untuk menggunakan aplikasi yang ada dalam Google Webmaster Central. Saya akan terangkan cara-cara untuk kita menghantar blog kita ke Google dan memasukkan sitemap. Sitemap adalah short cut untuk spider robot melihat kandungan blog secara keseluruhan. Sila pergi ke laman web Google.
Kemudian klik pada 'About Google', seperti gambar di atas.
Kat situ ada pelbagai keterangan mengenai Google. Klik saja pada Webmaster Central, macam gambar di bawah ni.

Kita akan dibawa ke 1 page seperti di bawah ini dan klik pada 'Improve traffic with Google Webmaster Tools'.

Jika anda sudah sign in ia akan bawa anda ke page seperti di bawah.
Jadi, masukkan url blog kita dalam kotak dan klik 'Add Site' seperti gambar di bawah. Sebagai contoh, saya masukkan url blog saya : http://coach-samantha-sunglasses.blogspot.com/
Selepas klik 'Add Site', sepatutnya kita akan dibawa ke page seperti di bawah.
Tanpa membuang masa, klik pada 'Verify your site', dan kita akan dibawa ke page seperti gambar di bawah.
Pilih 'Add a meta tag' seperti gambar di atas.

Copy kod META Tag (Right click then copy).
Pergi ke edit HTML blogger, kemudian paste di bawah head. Proses ini hampir sama seperti bab memasukkan META Tag. Untuk lebih jelas, lihat gambar tutorial di bawah ini.
Macam biasa klik kat 'Save template' untuk simpan maklumat tadi.
Selepas selesai, pergi balik ke Webmaster Tools, dan klik pada verify. Tengok gambar kat bawah untuk panduan.
Dalam beberapa saat Google akan masuk ke dalam blog kita tu untuk verify META Tag yang kita masukkan tadi. Biasanya jika tiada masalah mereka akan verify blog kita (jika anda ikut step2 yang betul), lihat gambar di bawah.
Yahoooo... Dah setle 1 perkara. 1 perkara lagi, sitemap untuk blog kita belum buat lagi. Jadi, jom kita buat bersama-sama. Pada page yang sama tadi, klik pada 'Sitemaps'. Lihat gambar di bawah ya...
Kemudia klik pada' Add sitemap' dan pilih 'Add general web sitemap'. Tak sure? Lihat gambar di bawah ni.
Kita akan di bawa ke 1 page seperti di bawah.
Ruangan kosong adalah tempat untuk kita isikan sitemap blog kita itu. Seharusnya sitemap ditulis begini http://blog-anda.com/sitemap.xml

Oleh kerana kita gunakan blogger.com, mustahil dilakukan kerana tidak ada kemudahan untuk kita buat sitemap. Kecualai kalau kita gunakan hosting yang berbayar. So, apa yang perlu kita buat ialah, kita cuma tambahkan atom.xml dihujung url blog kita. Kita gunakan RSS feeds sebagai sitemap. Jadi jika spider robot membaca sitemap kita tu, seluruh posting kita akan diindex terutama dalam bentuk perkataan.

So, masukkan
atom.xml
dalam kotak kosong tu, lihat gambar di bawah.
Pas tu klik 'Add General Web Sitemap'

Akhirnya 1 lagi proses telah berjaya dibuat.
Status 'pending' akan bertukar 'OK' selepas Google mengindek sitemap kita tu. Biasanya dalam beberapa minit. Kita juga boleh masukkan RSS feeds yang lain sebagai sitemap seperti
feeds/posts/default?alt=rss
dan sebagainya.

Nak tahu sama ada blog kita sudah dicrawl oleh spider robot search engine (juga disebut Googlebot), klik kat 'Overview'.
Nampaknya Googlebot dah singgah kat blog saya. Maknanya isi kandungan blog saya tu dah ada dalam database search engine Google. Alhamdulillah...

Tutorial kali ni nampak agak panjang tetapi sebenarnya amat-amat mudah dan simple dilakukan. Semoga tip yang tak seberapa ni dapat membantu para newbies untuk lebih memahami bagaimana untuk menggunakan Google Webmaster Tool. Saya syorkan anda gunakan semua tools yang ada kat sana untuk optimakan blog anda. Lebih banyak latihan kita buat, semakin mahir kita menguasai sesuatu itu. Bak kata pepatah, Alah bisa tegal biasa.

*Pasal dah lama saya tak update pendapatan adsense saya kat sini, so saya tampalkanlah kat sini sebagai pembakar semangat anda semua. Lagipun ada beberapa kenalan nak sangat tengok purata income harian saya.
Saya terpaksa memadamkan beberapa maklumat kerana mematuhi polisi dan syarat pihak Google.

Akhir kata dari saya, Majulah blog untuk negara. Salam...

Tiada ulasan:

Read me first

Sila baca posting paling belakang dahulu untuk pemahaman yang jelas.

Post views hit counter