Free search. Try it..

Impian seorang businessman...ehem..ehem..

Inilah kali pertama aku menulis di blog ni. Apa nak tulis ??? Hmm... mestilah tentang buat duit melalui adsense. Memang banyak yang aku dah tahu dan belum tahu pasal menatang Adsense nih. Income aku ? Biasa-biasa saja. Tak sehebat orang lain. Tapi aku yakin boleh ditingkatkan lagi kalau betul caranya. Actually aku ni memang seorang bizman. Karier aku ialah ialah sebagai seorang kontraktor sepenuh masa. Bukan kontraktor ali baba yang dpt projek pastu sub kat orang bulat-bulat tu. Tu lah sedikit cerita tentang aku kepada sesiapa yang tersesat masuk ke sini.

Sebelum aku buat blog nih, aku dah pikir nak jadikan blog ni macam sebuah diari tentang adsense. Segala usaha dan pengalaman serta pengetahuan-pengetahuan baru akan aku update dari semasa ke semasa. Dari situ aku juga dapat lihat adakah income aku akan bertambah atau pun tidak. Buat permulaan ni aku target aku ialah sekurang-kurangnya 35USD sehari. Kalau sebelum ni sekitar USD 3,4...8 je. Tapi rasa bangga gak pasal member-member aku yang lain langsung tak tau pasal cara-cara nak buat duit melalui internet ni. Ada tu yang kerja sebagai engineer dan IT programmer lg...

Ok, nanti-nanti aku sambung balik. Menceceh banyak-banyak pun tak guna. Buang masa jer.. heheheee... Sebelum tu, aku nak letak screen shot earning aku pada hari ini. Tu sebagai tanda aras. Maksud aku earning aku untuk esok seharusnya lebih tinggi dari hari ini... begitulah seterusnya. Amin...
Hmm...bolehlah. kalo tukar kepada RM, boleh lepas duit minyak dua hari. Alhamdulillah :)

*Pas ni aku akan update dengan artikel-artikel tentang adsense dalam BM dan BI. Kiranya blog ni akan jadi macam rojak. Hehee.... jangan marah !!!

Tiada ulasan:

Read me first

Sila baca posting paling belakang dahulu untuk pemahaman yang jelas.

Post views hit counter