1. Sebelum anda ingin mendaftar Adsense, anda terlebih dahulu perlu memiliki sebuah laman web atau blog. Ok, anda boleh menggunakan Blogger atau pun Google Page Creator sebagai permulaan. Jangan risau jika anda tak pernah menghasilkan sebarang blog sebelum ini kerana ianya mudah dan yang penting PERCUMA. Nanti saya akan ajarkan bagaimana.
2. Daftar akaun adsense anda di sini. Pastikan nama penuh serta negara anda betul kerana dua perkara tersebut tidak boleh diubah selepas anda mendaftar.
3. Lepas daftar tunggu e mail daripada mereka untuk kelulusan. Kalau blog anda dalam Bahasa Inggeris dan isi kandungannya bagus serta fresh content pihak Google takder masalah untuk meluluskan permohonan anda.
Senangkan....
Lagi bagus buka 1 akaun Google kerana anda boleh dapat 1 e mail, blog dan adsense menggunakan 1 username yang sama. Ok, sekarang saya nak beritahu bagaimana nak buat blog melalui Blogger. Pergi ke website Blogger dan daftar. Pergi sekarang... ingat masa tidak pernah menanti anda.
Saya terus skip ke langkah dua iaitu membuat serta menamakan blog anda. Terpulang pada anda untuk menamakan blog tersebut janji anda enjoy. Saya berikan contoh. Saya nak buat blog pasal gitar. Jadi saya bubuh tajuknya (title) 'Welcome to GuitarVoice.BlogSpot.Com' dan URLnya http://guitarvoice.blogspot.com
Kemudian taip word verification dan....klik continue. Anda akan dibawa kepada 1 page dimana anda boleh memilih template.Pilihlah mana-mana template yang anda suka janji enjoy...
So, apa lagi...? Klik kat start blogging... Jangan tunggu lama-lama. Nanti lemau... Hehehee... gurau sajer...Tulis apa sahaja yang berkaitan berkenaan tajuk anda. Isi kandungan boleh anda cari melalui carian enjin (search engine) Google, Yahoo, MSN dan lain-lain, jika anda tidak mempunyai idea untuk menulisnya dalam Bahasa Inggeris. Tetapi pastikan anda mengubah sedikit perkataannya supaya menjadi fresh content. Ini untuk mengelakkan pihak carian enjin menganggap kita duplicate content orang lain.
Bila sudah selesai klik la kat Publish Post. Bermakna post tersebut sudah boleh dibaca oleh semua orang dan juga spider-spider search enjin boleh crawl isi kandungan blog kita tu.
Tadaaa.... Maka terhasillah 1 blog buatan anda sendiri. Amacam, bangga tak ???
Anda juga boleh memasukkan gambar, muzik serta video untuk menjadikan blog anda lebih menarik. Yang penting... anda enjoy.
Lagi video untuk memudahkan anda faham untuk buat blog gunakan Blogger.com
Ok, aku tukar kata ganti nama balik.. Sebenarnya banyak lagi laman-laman web yang menyediakan blog-blog percuma. Blogger hanyalah salah daripadanya. Kalau rajin taiplah keyword 'free blog' kat enjin carian. Berlambak ada... setakat hari ini ada 128,000,000 hasil carian pasal 'free blog'.
Jam sekarang dah pukul 10.30pm. Aku rasa nak stop, tapi masih banyak lagi mender yang aku nak tulis pasal Adsense nih. Hmm... apa kata survey ??? Nak stop dulu atau nak sambung ha??? Aku rasa aku nak stop setakat ni. Pada post yang akan datang, aku akan cerita pasal nak letakkan iklan-iklan Adsense dekat blog atau website. Ok, chow...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan