Free search. Try it..

Amender Adsense tu ???

Lupa aku nak story sedikit sebanyak pasal adsense nih. Sebenarnya program ni adalah pengiklanan melalui internet yang disediakan oleh pihak GOOGLE. Kalau perasanlah, jika masuk dalam kebanyakan laman web atau blog-blog pasti ada di beberapa sudut diletakkan iklan. Banyak program pengiklanan dalam internet ni tapi aku highlight pada adsense saja. Pasal apa ? Nantilahlah aku cerita pasal apa aku tertarik pada adsense. Ok, kita sambung... kalau nak tahu iklan-iklan tersebut senang jer. Kalau ada tulis 'Ads by Google' tu ialah iklah adsense. Tengok gambo kat bawah nih...Yang dalam bulatan tu adalah iklan adsense. So, senangkan nak trace adsense nih. Tu bagi mereka yang dah tahu. Kepada yang tak tahu mungkin akan menganggap iklan tu adalah sebahagian daripada isi kandungan laman web tersebut. Akhirnya mereka akan klik pada iklan yang ada. So apa akan jadi ?? Jawapannya ialah, pemilik laman web tersebut akan mendapat wang daripada Google.

Jumlah wang yang diperolehi dari setiap klik tidak menentu. Itu bergantung pada pihak Google. Tapi yang aku tahu, keywords memainkan peranan besar. Aku pernah mendapat cuma 0.01usd per klik (tu selalu sangat...). Pernah juga aku mendapat hampir 2usd per klik (tu kadang-kadang...). Bak kata pepatah 'Sikit-sikit lama-lama jadi bukit'. Bila earning kita mencapai 10usd, pihak Google akan menghantar no PIN ke alamat rumah kita melalui pos. Kita harus masukkan no pin tersebut dalam akaun adsense kita. Tujuannya ialah pengesahan alamat. Untuk pihak Google sahkan alamat kita tu betul supaya cek payment kita akan sampai ke alamat yang betul.Pas tu bila earning kita mencecah 100usd atau lebih, barulah kita akan dapat cek yang kita idam-idamkan tu.Kita boleh depositkan cek tersebut kat mana-mana bank yang kita ada akaun seperti Maybank, CIMB, Bank Islam dan lain-lain. Tu kena tunggu 2,3 minggu baru clear. Cas yang dikenakan bergantung pada bank tersebut. Mungkin dlm RM5 sehingga RM25.

Ataupun kita boleh cashkan kat mana-mana bank yang ada perkhidmatan 'Western Union'. Tu on the spot dapat duit. Nak tahu senang jer... ala, yang ada signage kaler kuning tu... Pas tu ada tulis besar-besar Western Union. Cas yang dikenakan lebih murah mungkin tak sampai RM5. Kalau aku salah tolong beri tahu dalam ruangan komen yer...

Ok, ni ada video untuk lebih memahami Adsense... Enjoy...


Nanti aku akan sambung balik... mata dan ngantuk. Nak berasap jap. Kasik rileks sikit jari jemari ni..Update earning... Masih sama da lebih kurang. Ni yang kena kerja lebih kuat lg nih... MALAYSIA BOLEH !!!

Tiada ulasan:

Read me first

Sila baca posting paling belakang dahulu untuk pemahaman yang jelas.

Post views hit counter