Free search. Try it..

Niche, saingan dan permintaan

Saya harap belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir dan Batin. Pada posting kali ini saya nak story sket pasal memilih topik yang niche dan mencari keyword yang kurang saingan tetapi mempunyai permintaan dalam search engine. Saya umpamakan seolah-olah kita mahu memulakan suatu perniagaan. Terlebih dahulu mesti kita perlu tahu apakah produk yang kita mahu jual. Kita boleh jual barangan yang kurang persaingan daripada kedai-kedai di sekitar kita tetapi hari-hari orang mahukannya. Dalam 10 kedai mungkin 3 (termasuk kedai kita) yang menjualnya.

Dengan cara ini, kita tidak perlu bersusah payah dan bertungkus lumus mendapatkan pelanggan kerana hari-hari orang mahukannya. Jadi masa kita dapat dijimatkan berkali ganda. Jadi apa yang perlu kita lakukan? Pernah dengar perkataan R&D? Research and Development... Kalo dalam bahasa kebangsaan kita dipanggil Kajian dan Pembangunan. Kalau kilang ada R&D, kita pun kena ada R&D juga untuk meningkatkan pendapatan adsense kita. Cerita banyak tak guna... saya straigh to the poin.

Apa yang selalu saya lakukan :
1. Kita buat sedikit research keyword yang niche. Untuk tujuan itu, boleh gunakan SEOBOOK.
2. Fikirkan 1 keyword yang kita nak jadikan bahan blog. Mungkin kita boleh taip perkara yang kita minat. Sebagai contoh, saya gunakan keyword 'Sunglasses'.
3. Pilih niche yang carian harian dalam search engine lebih 30 carian.
Saya pilih 'Coach Samantha Sunglases' sebagai niche. Ini proses cuba2 dan try an error. Kerana saya sendiri tidak tahu samada keyword tu ada berapa saingan dalam search engine.

4. Jadi, untuk mengetahui keyword tu ada berapa pesaing... kita cuma taip balik keyword tersebut dalam kotak search engine (disyorkan guna Google).
Jadi, saya sudah tahu jumlah pesaing untuk keyword 'Coach Samantha Sunglases' adalah 61,700. Maknanya saingan tidak terlalu banyak. Seelok-eloknya kurang 100,000. Kerana apa? Kerana jika jumlah saingan dibahagi jumlah carian bulanan dan menghasikan nilai di bawah 1oo, bermakna keyword tersebut amat-amat sesuai untuk digunakan.

Seperti yang sudah diketahui jumlah pesaing untuk keyword 'Coach Samantha Sunglases' adalah 61,700.
Juga kita telah mengetahui jumlah carian harian untuk keyword tersebut adalah 63. Jadi, carian bulanan adalah : 63 x 30(hari) = 1890

Maka : pesaing/carian bulanan : 61700/1890 = 33

Jadi keyword 'Coach Samantha Sunglases' amat sesuai untuk digunakan kerana nilainya di bawah 100.

Semakin kecil nilai, semakin besar peluang blog kita akan tersenarai dalam search engine. Dan mungkin blog kita itu akan menduduki tempat terbaik dalam ranking, mungkin no 1 dalam masa yang terdekat.

Ok, kita pergi ke step seterusnya pula. Ini berkenaan nilai keyword tersebut dibida oleh pengiklan dalam Adwords.

5. Pergi ke Adwords Keyword Tool.
Kita isikan keyword yang dipilih tadi. Kemudian isikan kotak capcha image dan klik Get Keyword Idea seperti gambar di bawah.
Pada ruangan Choose columns to display, pilih Ads Position dan Avg. CPC seperti dalam gambar di bawah. (Boleh klik utk besarkan gambar)
Tukarkan matawang dalam USD dan masukkan nilai maksima 100 seperti gambar di bawah.
Jadi nilai untuk keyword 'Coach Samantha Sunglases' adalah USD2.41. Kira ok la tu daripada hanya beberapa sen. Jika Google Adsense nak kasi 10% per klik pun, saya masih boleh dapat 24sen. Hehehee...

Untuk tidak membuang masa lagi kita gunakan keyword tersebut sebagai alamat url blog kita tu. Jangan tunggu lama-lama nanti lama-lama nanti dikebas orang... Macam biasa, kita gunakan Blogger.com sebagai hosting kita. maklumlah mender pree.
Jangan lupa masukkan niche keyword tu sebagai tajuk blog dan...
Akhirnya, terhasillah 1 blog yang cukup niche, kurang persaingan, sering dicari oleh pengguna internet seluruh dunia. Inilah blog yang saya buat khas untuk tutorial kali ini...
Ruper blog setelah saya edit.

Jangan lupa update blog anda dengan maklumat yang terkini dan fresh mengenai niche blog anda. Seminggu sekali sudah memadai. Lebih kerap lebih bagus.

Saya harap tutorial ringkas ini dapat membantu mendapatkan idea dan ruang untuk mendapat tempat dalam search engine. Sekaligus dapat meningkatkan pendapatan adsense. Yang penting kita kena berani mencuba dan sentiasa buat kajian demi kajian tentang keywords dan cuba mendapatkan niche yang sesuai mengikut trend terkini. Wasalam...

4 ulasan:

user berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
user berkata...

hi naz. i dah buat 1 blog ikut tips yg u kasi. lama jugak i perah otak nak pilih tajuk yg niche. selepas 4,5 jam baru dapat. agak letih juga, tp seronok. naz, boleh u tngk2kn blog i ni, kasi la kmen sikit ya.
http://diamonique-engagement-ring.blogspot.com/

Naz berkata...

i dah review blog u tu. wahh.. pandainya u cari keyword yg niche. kelas gitu... nilai blog u dlm 5. ini sudah terlalu baik dr segi permintaan keyword dan persaingan yg kurang. syabas i ucapkan kerana benar2 paham tutorial yg i buat tu. isi kandungan u boleh dptkan dr ezines dan jng lupa masukkan gambar utk mencantikkan lg blog dsmping memadatkan blog u dng keyword tersebut.

freestyler berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Read me first

Sila baca posting paling belakang dahulu untuk pemahaman yang jelas.

Post views hit counter