Free search. Try it..

Perkasakan blog dengan keyword (Part 3~Gadget/Side Bar)

Hi semua. Saya harap semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa bersemangat untuk menjana wang dari program Google Adsense ini. Cuba bayangkan setiap hari anda mendapat 30 atau 40USD. Jika ditukar dalam matawang kita, ia bersamaan dengan RM100. Wow... Kalau sebulan ia menjadi RM3000 !!! Banyak tu. Macam-macam boleh dilakukan dengan wang sebanyak itu. Siapa tahu rezeki anda. Yang bestnya kita tak perlu bayar cukai kerajaan kerana setakat ni masih belum termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Dan yang paling-paling best, kita cuma bayar bil elektrik dan bil internet sahaja. Kecualilah kalau kita gunakan domain sendiri atau iklankan blog kita itu. Teringat kata-kata Dato' Haji Mohd Fadilah Kamsah, "1 kebaikan yang kita beri, tuhan akan balas kepada kita lagi 10 kebaikan". Bila dah buat duit banyak, jangan lupakan kepada orang-orang susah dan fakir miskin. Derma dan sedekahkan dengan hati yang ikhlas macam ustaz la pulak.

Sembang, sembang la jugak. Ilmu tetap kita share sama-sama. Ok, pada posting kali ini saya nak sambung bab keyword dalam blog. Dalam 2 posting yang lepas, saya ceritakan tentang keyword dan cara-cara nak meletakkannya. Sebenarnya itu adalah salah satu teknik SEO. Bila spider robot search engine menemukan banyak keyword yang telah kita letakkan dalam blog, maka maklumat-maklumat tersebut akan dihantar ke data base masing-masing. Dengan itu pengguna search engine akan menemukan blog kita itu dalam hasil carian dengan menggunakan keyword tersebut. Jika blog kita tersenarai dalam list terbaik search engine, maka ia akan menjana trafik kepada blog kita. Tak kira sama ada anda sedang tidur, makan atau online, trafik tetap akan datang mencurah-curah. Bayangkan anda ada kedai dan ramai datang ke situ. Kemungkinan yang membeli akan lebih tinggi. Dalam kes kita bukan membeli, tetapi jumlah klik yang boleh dihasilkan.

Sebelum ini saya ceritakan tentang META Tag dan HTML. Itu adalah dalaman atau 'batin'
Selamat Hari Raya. Mintak maaf zahir batin. Nak duit rayer boleh... blog atau web kita. Sekarang kita highlight untuk meletakkan keyword pada luaran (zahir) pula. Pertama sekali kita klik pada 'Add a Gadget' seperti gambar di bawah.
Bila dah klik, akan muncul popup seperti di bawah.
Ada macam-macam gadget yang boleh kita pilih. Saya berikan contoh gadget followers.
Jadi saya masukkan keyword saya kat 'Title'. Lihat contoh di bawah.
Pastu klik save. Kalau nak tengok, klik preview.
Ha... dah siap pun 1 gadget yang ada keyword kita. Pastu boleh tambah gadget-gadget yang lain dengan cara yang sama dan susun dengan cara drag ikut kesesuaian blog kita. Dalam blogger ada banyak gadget-gadget yang cool seperti game, video, news, pictures, subscription link, sideshow, pool, dan macam-macam lagi. Ada juga gadget Adsense. Untuk beginer, apply akaun adsense guna gadget tersebut lebih mudah. Maklumlah blogger adalah milik Google Inc.

Nanti saya akan sambung balik untuk part 4 pula. Dah letih menaip. Tido best nih...

3 ulasan:

user berkata...

bukan senang nak senang yer.. bnyk juga prosedur nak kena wat. tp i akan follow tips naz tu slow2. maklumlah, i ni kerja makan gaji. so, masa utk online time malam dan curik2 masa time kerja. naz dah brapa lama involve dlm adsense ni? nampak mcm pro betul.

Puteri Nazirah berkata...

saya tak tahu nak komen apa kat sini. program adsense ni masih baru buat saya. tp bila tengok income bro naz, tergerak hati nak buat. tapi x tau nak stat dr mana... boleh tolong kasi tips dr mana nak mula?

Mohammed Farid Sulaiman berkata...

Good content Naz

FaridSulaiman.com

Read me first

Sila baca posting paling belakang dahulu untuk pemahaman yang jelas.

Post views hit counter