Alhamdulillah berjumpa lagi kita kali ini. Syukur ke hadrat tuhan yang masih membenarkan saya dan rakan-rakan semua menghirup udara segar untuk bernafas dan melakukan aktiviti harian. Ketika saya menaip ayat-ayat yang sedang anda baca ini, cuaca di luar sana hujan lebat mencurah-curah. Begitu juga dengan idea-idea yang datang kepada saya bagaikan hujan di luar sana. Cuma saya tak basah. Ho..ho.. kalau basah kena mandi balik pasal air hujan sekarang ni telah dicemari dengan toksid.... Bila ingat balik penglibatan saya dalam dunia internet ni, banyak yang saya dah tahu, belum tahu dan banyak juga yang ingin saya tahu. Tapi masa yang terhad membataskan saya untuk menjelajah dunia tanpa sempadan ini. Karier saya kadang-kadang membuatkan saya sibuk dengan dunia di luar sana. Terfikir juga nak buat biz secara online selain Adsense. Tapi buat masa ni saya belum jumpa jenis online biz yang berkenan di hati. Nak buat ebook, dah ramai sangat yang buat. Nak jual barang macam dalam Ebay, malas lah.
Ok, saya stop sembang-sembang dan terus ke topik. Pada kali ini saya nak story sket pasal 'Google Blog Search'. Fungsinya sama saja macam search engine yang selalu kita pakai tu, tapi dia cuma cari blog sahaja (web statik tadak). So, kita boleh gunakan kemudahan free ni untuk cari blog-blog yang sama niche atau hampir-hampir sama. Tujuan kita adalah untuk mendapatkan backlink melalui ruangan komen atau link exchange
Persoalannya, macam mana ya?? Senang sajer, kita boleh ke Google Blog Search atau gunakan Google Toolbar macam dalam gambar di bawah ni.
Jangan lupa masukkan keyword niche anda di kotak search dan klik. Dalam beberapa detik, senarai blog akan terpampang dan kita boleh pilih mana-mana blog yang kita berkenan untuk komen atau minta link exchange dengan owner blog terbabit. Dalam kotak yang saya kaler ngan warna merah kat gambo di bawah adalah blog saya. Kedudukan terbaik dalam ranking... Alhamdulillah.
Jadi kaedah yang sama anda boleh gunakan di Technorati, Digg, Mybloglog atau mana-mana web yang mempunyai servis seperti Google Blog Search. 1 perkara yang penting, jangan lupa letakkan link URL blog anda dalam ruangan komen sama ada anda sembunyikan link tersebut atau tidak. Jika nak buat link exchange, minta secara profesional dengan webmaster. Kita letakkan dulu link mereka di blog kita sementara menunggu link kita dimasukkan dalam blog mereka. Jika sudah terlalu lama mereka tak masukkan link kita, buang terus link tersebut. Banyak lagi webmaster2 lain yang sudi untuk membuat pertukaran link. Kerja ni nampak renyah, tapi amat-amat berbaloi untuk dapatkan trafik dalam jangkamasa panjang. Ini lebih baik daripada duduk saja atau tido di siang hari. Hehehee jangan marah gurau2 jer.
Buat blog bagi saya seumpama menanam biji benih pokok. Hasilnya boleh kita tuai selepas itu setelah ianya berbuah. Jika kita buat bersungguh-sungguh tiada masalah untuk dapatkan hasil yang lumayan 1 hari nanti. Jangan harapkan pada 1 blog sahaja. Usahakan untuk membina lebih banyak blog. Membina lebih banyak blog, bererti meninggikan lagi pendapatan. Selain itu ia dapat menambahkan lagi pengetahuan. Anda tidak rugi sesen pun.
Nampaknya hujan kat luar rumah saya dah semakin reda. Terasa sejuk ala-ala Genting Highland time tengah hari. Dapat pekena nescafe panas segelas sedap juga. Saya setop takat ini buat kali ini. Bagi sesiapa yang dah join 'Niche Project', saya harap dapat buat tutorial bulan October dan bulan November segera. Kepada yang tak join pun no hal punya. Boleh ikut mana-mana bab yang anda fikir sesuai atau ikut semua sekali lagi afdal. Salam...
Update payment Google Adsense saya untuk bulan November 2008 :
Hari ni (28 Nov 2008) hari dapat gaji dari bos besau kita, iaitu En. Google kita. Alhamdulillah penantian selama sebulan akhirnya berbaloi. Kepada sesiapa yang tak tau macam mana cara depa bayar kat kita, saya tunjukkan prosesnya.
1. Login dulu ke Google Adsense.
2. Gi ke tab My Account dan edit Payment Details kepada 'Western Union Quick Cash'.
3. Bila earning kita dah cecah USD100, pada hujung bulan berikutnya Google akan berikan No. Kawalan Pemindahan Bayaran atau disebut dalam bahasa omputeh Money Transfer Control Number (MTCN) dekat tab Payment History. Contoh ada kat gambar bawah.
4. Pergi ke cawangan Western Union mana-mana agen Western Union yang berhampiran (saya selalu gunakan Pejabat Pos Malaysia) dan isi borang wang keluar.
5. Pastikan bawa ic fotostate, ic anda dan diri anda sendiri dan jangan lupa bawa pen pasal kadang-kadang pen selalu tak cukup kat sana.
6. Hantar borang telah diisi kepada petugas di kaunter dan terima duit Adsense anda itu dengan senyuman.
7.
Alhamdulillah. Thank you very-very much Google!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan