Free search. Try it..

Menghantar blog ke Technorati

Untuk mempercepatkan spider robot datang menyinggah ke laman blog kita, kita perlu ada backlink dalam website yang ada PR (Page Rank). Dalam bab ini saya akan story sikit untuk hantar blog kita ke laman web tag, iaitu Technorati yang mempunyai PR 8 (buat masa ni). Apa kata kita ke sana sekarang.

http://technorati.com
Inilah ruper homepage Technorati buat masa ini (gambar atas). So, kita join jika belum join.
Kemudian buka email untuk klik 'Verify email address', sama ada klik pada link yang mereka hantar melalui email atau copy pastekan dalam kotak (seperti gambar di bawah).
Lepas klik 'verify' kita akan dibawa ke page untuk kita masukkan url blog kita. Jadi,
isikan maklumat yang dikehendaki dan klik 'Begin Claim' (gambar di atas).

Selepas tu, klik 'complete' seperti gambar di bawah ni.
Selepas itu kita akan di bawa ke page seperti di bawah.
Kita akan dibawa ke blogspot kita untuk mengesahkan blog yang kita daftarkan tu adalah milik kita. Jangan risau kerana Technorati adalah sebuah laman web yang berkaliber dan tidak akan hack blog anda. Selepas tu kita akan dibawa ke satu page untuk kita isikan keterangan, bahasa dan tag untuk blog kita tu. Boleh lihat gambar di bawah jika tak confident. Anda perlu isi mengikut kesesuaian dan niche blog anda.
Scroll ke bawah untuk copy HTML 'Favourite Button'. Lihat gambar di bawah.
Kemudian pergi ke blog kita untuk masukkan kod HTML tadi.
Kemudian pergi ke web Technorati balik dan klik save.
Ini untuk save semua maklumat yang telah kita isikan sebentar tadi. Kat bawah ni contoh dalam Technorati blog saya yang telah dihantar ke situ.
Apa yang bestnya kat Technorati? Pertama website tersebut mempunyai PR8. Jadi jika hantar blog kita ke sana, PR tu akan berjangkit. Jadi ia akan lebih memudahkan blog kita tu diindex dan tersenarai dalam search engine. Kedua, ia akan menjana trafik masuk ke blog kita. Melalui tag-tag yang telah kita masukkan. Orang akan cara blog melalui tag yang telah ditandakan. Secara tak langsung, mereka akan ke blog kita jika blog kita ditemukan melalui tag yang telah kita pilih. Selain itu kita boleh tahu berapa orang telah 'favourite' blog kita.

Ok, setakat ni penerangan saya buat masa ni. Insyaallah jika tiada halangan, saya akan update lagi. Wasallam...

1 ulasan:

kakarot berkata...

salam..
1 informasi yang berguna yang baru saya perolehi dari blog anda..
terima kasih keran www.amir-fahmi.comsudi berkongsi :-)






www.amir-fahmi.com

Read me first

Sila baca posting paling belakang dahulu untuk pemahaman yang jelas.

Post views hit counter