Free search. Try it..

Jom melawat ofis Google

Selama ni, kita hanya tahu Google merupakan sebuah laman web enjin carian. Tetapi pernah tak kita terfikir mereka-mereka yang bekerja di belakang tabir Google Inc yang terletak Mountain View, California? Bagaimana mereka bekerja? Bagaimana suasana ofis mereka? Adakah sama dengan ofis kita? Oleh itu saya mengajak anda semua meninjau-ninjau apa yang ada dalam pejabat Google.
Buat pengetahuan semua, Google telah dinobatkan sebagai tempat bekerja paling selesa & terbaik di dunia. Ini kerana mereka menjaga kebajikan pekerjanya ke tahap paling optimum. Semua ini dilakukan untuk memastikan kualiti kerja & produk Google sentiasa terbaik.

Nak tahu bagaimana mereka menjaga staff mereka? Kalau anda tahu, sure anda juga nak bekerja kat sana. Cuba baca lagi di bawah ni...

Kat sana, tak der istilah stress atau tekanan kerja. Kapsul Penghilang Tekanan (Stress) yang kedap bunyi & cahaya seperti gambar di bawah ini direka khas untuk tujuan itu.
Sekali tengok macam ufo da...

Letih nak turun tangga? Kalau anda staff Google, anda boleh turun ke tingkat bawah dengan menggunakan gelongsor. Syok gak kan...

Pekerja Google bebas memilih makanan kegemaran mereka dari barisan makanan & minuman istimewa yang dihidangkan setiap hari. Kalau saya kerja kat sana, saya bawa bekal sendiri pasal compom takder sijil halal dari Jakim.

Setiap pekerja mempunyai sekurang-kurangnya 2 skrin LCD besar untuk mereka bekerja. Mereka boleh minta lebih jika mereka mahu.
Kalau saya, saya nak skrin plasma 60". Hehh...

Papan putih (whiteboard) ada hampir di mana-mana. Idea & inovasi timbul tidak mengira tempat, jadi mereka boleh melahirkan idea-idea tak kira di mana saja.
Tengok tempat discuss dia orang. Sungguh kreatif, sampan pun depa balun buat tempat duduk.

Ni yang best. Meja pool, permainan video dan sebagainya juga berada di pelbagai kawasan. Agak-agak kalau takder mood kerja, layan seround dua.
Mamat yang tengah nak jolok bola snoker tu maybe mat despatch Google. Pakcik yang duduk tu mungkin tukang kebun yang nak melepaskan lelah masing-masing setelah seharian bekerja. Cool beb...

Google menyediakan 'gondola khas' untuk setiap pekerja berkomunikasi dalam suasana penuh privasi.

Ruang minuman untuk pekerja berehat sementara menunggu komputer atau kerusi mereka yang rosak dibaiki. Macam ni punya bagus company, sure ada yang nak kerja kat sana sampai mati.
Nampak macam ada set karaoke. Inilah syurga bagi kaki karaoke seantero dunia. Hehee...

Kaki terkehel atau terseliuh? Tak payah pergi jumpa Tok Moh... Tukang urut professional tersedia jika sesiapa memerlukan.. Bersama ruang urutan yang eksklusif.
Pergh...

Ruang rehat dengan kerusi urut sambil pekerja menikmati pemandangan akuarium yang mendamaikan. Fuh!

Bilik bacaan yang sangat kondusif untuk pembacaan. Ratusan buku tersedia termasuklah yang berkaitan pengaturcaraan.
Kat gambo atas saya tak nampak sorang pun yang baca buku. Berdiscus ke bersembang? Hehehee...

Itulah sedikit sebanyak gambaran kat Google. Amacam, nak jadi staff Google ker? Saya dah jadi staff mereka dah? Tapi bukan secara rasmi la. EPF, SOCSO takder. Takperlah... janji ada gaji hujung bulan dari Adsense. Anda kalau join Adsense, secara automatik anda jadi staff Google. Jadi part time staff memang best pasal keseronokan bekerja serupa seperti bekerja kat opis mereka kat California tu. Bestnya pasal masa yang fleksibel, boleh main-main, kalau ada idea baru kerja, kalau takder idea boleh tido atau main game...

Sumber gambar : Email dari Epong (member saya).

75 Ebook Percuma Panduan Lengkap Adsense

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya yakin anda semua mesti berminat untuk menjana duit sampingan dengan adsense. Jika tidak masakan anda masuk ke teratak buruk saya ni. Saya nak sembang-sembang kejap boleh? Pada mulanya saya buat blog ni adalah sebagai dairi atau catatan tentang tips-tips yang telah saya pelajari atau hasil kajian saya sendiri tentang adsense. Mula-mula tu saya nak jadikannya private blog untuk kegunaan saya sendiri dan tidak mahu publishkan kepada umum. Ada 1 hari tu seorang sahabat saya ada masalah kewangan dan dia ingin meminjam dari saya. Saya termenung sejenak memikirkan bagaimana untuk membantu beliau sedangkan ketika itu perniagaan offline saya ada masalah. Selain tu proses pembayaran dari pihak clien saya mengambil masa yang lama. Ada sehingga 3 bulan. Beginilah risiko menjadi seorang kontraktor. Bak kata pepatah, 'kalau takut dilanda badai, jangan berumah di tepi pantai'. Chewah... berani ke saya ni? Nampak tikus pun dah melompat.

Bagaimana nak bantu sahabat saya tu, kalau wang yang ada cukup-cukup untuk lepaskan expenses asas saya. Kalau saya bagi pinjam, sudah tentu saya pula yang problem. Kebetulan saya teringat tentang program Google Adsense. Saya bertanya sama ada dia berminat untuk berniaga di internet tanpa modal sesen pun? Dia begitu teruja dengan kata-kata saya tu walaupun hakikatnya dia tahu, saya tak bagi saya pinjam (sorylah bro, gua time tu sesak ler). So saya terangkan apa itu adsense. Nasib baik dia ni kaki surfing internet dan ada sambungan internet di rumah. So, saya taklah susah sangat nak explain. Kemudian saya berikan URL blog ads3ns3 ni dan emailkan beberapa ebook percuma tentang adsense untuk dia buat rujukan. Time tu saya ubah pada setting blog ni ke status 'publish to public' supaya dia boleh access.

Bak kata orang, 'alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan'. Saya mengambil keputusan untuk sebarkan ilmu ni secara percuma kepada rakan-rakan dan kepada sesiapa yang berminat. Tapi sambutan agak kureng pasal :
1. Bila sebut perniagaan internet, 1st impression kebanyakan orang adalah negative. Maklumlah sekarang ni kan banyak program-program yang scam. So, internet phobia begitu kuat dalam minda kebanyakan orang.
2. Leceh... itulah penyakit orang-orang kita. Duit tidak akan datang bergolek kalau tak nak berusaha. Buat adsense ni bagi saya lebih fleksible masanya kalau nak dibandingkan dengan kerja makan gaji. Maaf, saya tak bermaksud untuk menyinggung mana-mana pihak. Realitinya perniagaan internet memang begitu. Bayangkan, bangun pagi duduk depan laptop atau pc dalam beberapa jam (itupun kat atas katil...hehee). Kemudian buat aktiviti rutin seperti solat makan dan sebagainya. Bila ada mood, on balik laptop. Bila boring, stop. Hujung bulan dapat payment. Tak payah punch card, mengalami kesesakan jalan raya dan kena marah dengan bos.
3. Takder talian internet dan tak tahu guna internet. Tu tak dapek den nolong jang oii...
4. Tak tahu buat blog dan 1001 ketidaktahuan. Tu senang jer. Belajar lah... Proses pembelajaran mula dari kita lahir sampai kita meninggal dunia. Selain tu dapat pahala kerana menuntut ilmu yang bermanafaat. Lagi afdal kita ajarkan kepada orang yang tak tahu.
5. Hangat-hangat tahi ayam. Tu pun saya tak dapat nak tolong kerana berkait rapat dengan motivasi diri sendiri. Jangankan adsense, kerja-kerja lain pun takkan menjadi kalau tiada motivasi.
6. Nak untung cepat. Seperti yang saya tulis dalam posting sebelum ni, adsense bukanlah skim cepat kaya. Bukan sebulan dua join, terus kaya. Tetapi ianya memerlukan masa yang agak panjang untuk mendapat profit. Saya sendiri dapat 1st cek setelah hampir setahun join. Tapi oklah jugak daripada melabur beribu-ribu dalam scam program.
7. Hmmm... apa lagi ha??? Kalau ada lagi, saya akan tulis kat sini.

Kalau nak listkan mengapa orang kita kurang berani dengan perniagaan internet, memang tak cukup dakwat dibuatnya. Takperlah mungkin masa akan mengubah segalanya, insyaallah. Tapi ada segelintir insan di Malaysia ni cukup berjaya dengan perniagaan internet seperti Irfan Khairi, Mawardee, Shuth, Syam, Gobala Krishna, Munawwar, Lebanon, Nizam, dan beberapa individu yang saya tak ingat nama dia. Siapa tahu anda mungkin boleh berjaya seperti mereka?

Asyik membebel jer Naz ni. Kata ada ebook pree... mana dia? Hehee... oklah sahabat sekelian, kat bawah ni saya listkan senarai ebook yang saya fikir boleh membantu anda dalam menjana pendapatan melalui adsense. Pasal saya pun ambil dari blog orang lain, so, saya nak ucapkan terima kasih dan nak kasik kredit kepada beliau iaitu Roger Ho. Beliau merupakan pakar ClickBank. Apa itu Clickbank? Ia adalah program affiliate yang terbaik di dunia internet buat masa ini. Tak payah sayah terangkan lebih mendalam kerana dah lari topik. Semua ebook ni dalam bahasa omputeh. So, kalau tak mahir b.i tu, inilah masanya nak memahirkan diri dengan membuka kamus dwi bahasa..hehee... Download jangan tak download...
1
The Beginners Guide To AdSense
Click To Download
2
Getting Started With Google AdSense
Click To Download
3
AdSense Business In-A-Box
Click To Download
4
2006 Quick Start Guide to Google AdSense Profits
Click To Download
5
Instant AdSense Cash
Click To Download
6
Instant Internet Marketing Articles
Click To Download
7
Visitor Sense - How To Turn Sites Into Money
Click To Download
8
AdSense Money Machine!
Click To Download
9
AdSense Revenue Exposed
Click To Download
10
Maximize Your AdSense Commissions
Click To Download
11
Confessions of an AdSense Girl
Click To Download
12
ADSENSE - The Dollar Producing Factory
Click To Download
13
AdSense Black Hat Edition
Click To Download
14
Cool AdSense Templates
Click To Download
15
Fabian Lim Confesses
Click To Download
16
Google AdSense PLR Articles
Click To Download
17
HyperVRE
Click To Download
18
AdSense PLR Articles
Click To Download
19
Website templates that blend Adsense income with affiliate programs…
Click To Download
20
Your Very Own Article Directory
Click To Download
21
Makes Sense with Google AdSense
Click To Download
22
AdSense $39 A Day
Click To Download
23
Adwords Power Tips
Click To Download
24
What Google Never Told You About AdSense
Click To Download
25
AdSense Logger
Click To Download
26
AdSense Buddy
Click To Download
27
Google AdSense Optimization Webinar
Click To Download
28
Quick Guide To SEO for AdSense
Click To Download
29
The Google Adwords Test
Click To Download
30
The Google Bible
Click To Download
31
345 AdSense Websites
Click To Download
32
AdSense Templates
Click To Download
33
Google AdSense Articles
Click To Download
34
Tag Grabber
Click To Download
35
Using Content In 2006
Click To Download
36
Writing For Fast Cash
Click To Download
37
Multi-Lingual Profit Generator
Click To Download
38
eBook Store Package PHP Scripts
Click To Download
39
Blog Advertising Site Script
Click To Download
40
Article Directory Generator
Click To Download
41
Unique Content Generator Pro
Click To Download
42
ClickAdsPro - Lite
Click To Download
43
MSI Fetch
Click To Download
44
AdSense Magnet - Lite
Click To Download
45
Web Page Shrinker
Click To Download
46
Easy AdSense Splitter
Click To Download
47
Keyword Spy
Click To Download
48
Google Snooper
Click To Download
49
Keyword Niche Power
Click To Download
50
Page Rank Explorer
Click To Download
51
Article Page Machine
Click To Download
52
Blog And Ping Automator
Click To Download
53
10 Google Steps
Click To Download
54
The A To Z About RSS
Click To Download
55
Easy Adsense Cash Course
Click To Download
56
Competitive Keyword
Click To Download
57
Keyword Cash Generator
Click To Download
58
Content Clamp
Click To Download
59
Desktop Adsense Cash Machine
Click To Download
60
Instant Adsense Article Directory
Click To Download
61
Crazy AdSense System
Click To Download
62
AdSense Domination Secrets
Click To Download
63
Honeymoon Destinations
Click To Download
64
Massage
Click To Download
65
Nascar
Click To Download
66
Cancer
Click To Download
67
Body Building
Click To Download
68
Self Esteem
Click To Download
69
Alzheimers
Click To Download
70
Freelancing
Click To Download
71
Chocolates
Click To Download
72
Food Allergies
Click To Download
73
Niagra Falls
Click To Download
74
Body Building Supplements
Click To Download
75
Disability
Click To Download

Gunakan Google Blog Search

Alhamdulillah berjumpa lagi kita kali ini. Syukur ke hadrat tuhan yang masih membenarkan saya dan rakan-rakan semua menghirup udara segar untuk bernafas dan melakukan aktiviti harian. Ketika saya menaip ayat-ayat yang sedang anda baca ini, cuaca di luar sana hujan lebat mencurah-curah. Begitu juga dengan idea-idea yang datang kepada saya bagaikan hujan di luar sana. Cuma saya tak basah. Ho..ho.. kalau basah kena mandi balik pasal air hujan sekarang ni telah dicemari dengan toksid.... Bila ingat balik penglibatan saya dalam dunia internet ni, banyak yang saya dah tahu, belum tahu dan banyak juga yang ingin saya tahu. Tapi masa yang terhad membataskan saya untuk menjelajah dunia tanpa sempadan ini. Karier saya kadang-kadang membuatkan saya sibuk dengan dunia di luar sana. Terfikir juga nak buat biz secara online selain Adsense. Tapi buat masa ni saya belum jumpa jenis online biz yang berkenan di hati. Nak buat ebook, dah ramai sangat yang buat. Nak jual barang macam dalam Ebay, malas lah.

Ok, saya stop sembang-sembang dan terus ke topik. Pada kali ini saya nak story sket pasal 'Google Blog Search'. Fungsinya sama saja macam search engine yang selalu kita pakai tu, tapi dia cuma cari blog sahaja (web statik tadak). So, kita boleh gunakan kemudahan free ni untuk cari blog-blog yang sama niche atau hampir-hampir sama. Tujuan kita adalah untuk mendapatkan backlink melalui ruangan komen atau link exchange gua letak link lu, lu letak link gua.

Persoalannya, macam mana ya?? Senang sajer, kita boleh ke Google Blog Search atau gunakan Google Toolbar macam dalam gambar di bawah ni.
Jangan lupa masukkan keyword niche anda di kotak search dan klik. Dalam beberapa detik, senarai blog akan terpampang dan kita boleh pilih mana-mana blog yang kita berkenan untuk komen atau minta link exchange dengan owner blog terbabit. Dalam kotak yang saya kaler ngan warna merah kat gambo di bawah adalah blog saya. Kedudukan terbaik dalam ranking... Alhamdulillah.
Jadi kaedah yang sama anda boleh gunakan di Technorati, Digg, Mybloglog atau mana-mana web yang mempunyai servis seperti Google Blog Search. 1 perkara yang penting, jangan lupa letakkan link URL blog anda dalam ruangan komen sama ada anda sembunyikan link tersebut atau tidak. Jika nak buat link exchange, minta secara profesional dengan webmaster. Kita letakkan dulu link mereka di blog kita sementara menunggu link kita dimasukkan dalam blog mereka. Jika sudah terlalu lama mereka tak masukkan link kita, buang terus link tersebut. Banyak lagi webmaster2 lain yang sudi untuk membuat pertukaran link. Kerja ni nampak renyah, tapi amat-amat berbaloi untuk dapatkan trafik dalam jangkamasa panjang. Ini lebih baik daripada duduk saja atau tido di siang hari. Hehehee jangan marah gurau2 jer.

Buat blog bagi saya seumpama menanam biji benih pokok. Hasilnya boleh kita tuai selepas itu setelah ianya berbuah. Jika kita buat bersungguh-sungguh tiada masalah untuk dapatkan hasil yang lumayan 1 hari nanti. Jangan harapkan pada 1 blog sahaja. Usahakan untuk membina lebih banyak blog. Membina lebih banyak blog, bererti meninggikan lagi pendapatan. Selain itu ia dapat menambahkan lagi pengetahuan. Anda tidak rugi sesen pun.

Nampaknya hujan kat luar rumah saya dah semakin reda. Terasa sejuk ala-ala Genting Highland time tengah hari. Dapat pekena nescafe panas segelas sedap juga. Saya setop takat ini buat kali ini. Bagi sesiapa yang dah join 'Niche Project', saya harap dapat buat tutorial bulan October dan bulan November segera. Kepada yang tak join pun no hal punya. Boleh ikut mana-mana bab yang anda fikir sesuai atau ikut semua sekali lagi afdal. Salam...

Update payment Google Adsense saya untuk bulan November 2008 :
Hari ni (28 Nov 2008) hari dapat gaji dari bos besau kita, iaitu En. Google kita. Alhamdulillah penantian selama sebulan akhirnya berbaloi. Kepada sesiapa yang tak tau macam mana cara depa bayar kat kita, saya tunjukkan prosesnya.
1. Login dulu ke Google Adsense.
2. Gi ke tab My Account dan edit Payment Details kepada 'Western Union Quick Cash'.
3. Bila earning kita dah cecah USD100, pada hujung bulan berikutnya Google akan berikan No. Kawalan Pemindahan Bayaran atau disebut dalam bahasa omputeh Money Transfer Control Number (MTCN) dekat tab Payment History. Contoh ada kat gambar bawah.
4. Pergi ke cawangan Western Union mana-mana agen Western Union yang berhampiran (saya selalu gunakan Pejabat Pos Malaysia) dan isi borang wang keluar.
5. Pastikan bawa ic fotostate, ic anda dan diri anda sendiri dan jangan lupa bawa pen pasal kadang-kadang pen selalu tak cukup kat sana.
6. Hantar borang telah diisi kepada petugas di kaunter dan terima duit Adsense anda itu dengan senyuman.
7. Pas tu, lu pikir la sendiri

Alhamdulillah. Thank you very-very much Google!!!

Hantar ke Web Directories

Posting kali ini adalah bab yang saya copy paste dalam posting terdahulu untuk mencantikkan urutan tutorial bagi memudahkan newbies ikuti. Dalam bab sebelum ini, saya ceritakan kepentingan menghantar blog ke RSS directories. Perkara yang sama juga kita akan dapat jika kita menghantar blog ke Web directories, iaitu kita akan dapat back link dari web yang mempunyai PR yang tinggi serta memudahkan spider robot menjumpai blog kita di sana. Ok, kita terus ke tutorial...

Walapun memerlukan sedikit masa untuk kita submit blog kita ke laman-laman direktori, namun proses ini penting untuk kita dapatkan backlink. Kita boleh umpamakan laman direktori itu sebagai buku Yellow Pages. Di situ ada beribu-ribu senarai no telefon (no telefon, kita andai sebagai laman blog anda). Jadi jika kita ada menghantar laman blog kita ke laman direktori, maka blog kita akan disenaraikan dalam list mereka. Jadi blog kita tersebut akan lebih mudah diketemukan oleh pelawat dalam internet. Mungkin ada kekeliruan diantara enjin carian (search engine) dan laman web direktori. Di bawah ini saya terangkan perbezaannya.

Yang saya tahu enjin carian adalah perkhidmatan mencari maklumat menggunakan kata kekunci/keyword (perkataan ataupun angka) di internet. Biasanya enjn carian akan menghantar robot spiders untuk merayap (crawling) ke setiap website serta blog yang ada di internet. Proses ini adalah automatik. Maklumat yang mereka perolehi itu akan diindekskan dalam pangkalan data mereka. Jika ada pengguna enjin carian menaip kata kunci tertentu (maklumat yang pengguna mahukan), laman web-laman web yang tersenarai dalam pangkalan data mereka akan tertera.

Mengenai laman direktori pula, anda perlu menghantar blog/website (alamat URL) anda kepada mereka secara manual. Seperti yang saya katakan, laman web direktori adalah seperti Yellow Pages. Jika anda tidak submit maka URL anda tidak akan tersenarai. Maka peluang anda untuk mendapatkan pelawat/visitor adalah kurang. Ok kat bawah ni saya akan berikan cara bagaimana nak menghantar blog kita ke laman direktori.

Google : http://www.google.com/addurl.html klik sini

Masukkan URL blog anda, taip keyword niche blog anda dan tulis huruf-huruf yang tertera dalam kotak (untuk pihak Google mencegah spamming). Kemudian klik 'Add URL'.

Cukuplah 1 contoh saya berikan. Yang lain-lain tu lebih kurang sama saja.

Yahoo : https://siteexplorer.search.yahoo.com/submit

MSN : http://search.live.com/docs/submit.aspx

Saya berikan 2 web yang boleh hantar URL blog kita ke berpuluh directories dangan 1 klik sahaja. Ok, ni link dia :
http://www.geocities.com/Athens/Agora/4229/url_search_submit.html
http://websitesubmit.hypermart.net/freesubmit.htm

Diingatkan supaya submit selaki sahaja untuk mengelakkan pihak directory sekat URL anda kerana spam.

Sebenarnya ada berjuta laman web direktori dalam internet. Anda boleh taip 'free submit URL' kat search engine. Kat situ anda boleh submit URL anda selagi anda terdaya. Maklumlah ada terlalu banyak laman web yang menyediakan perkhidmatan ini. Sama ada percuma atau berbayar. Untuk permulaan gunakanlah yang percuma. Kalau ada modal, barulah boleh submit kat yang berbayar pula. Selalunya yang berbayar tu, kita tak perlu habiskan banyak masa. Cuma beberapa klik saja URL kita akan dihantar ke beratus-ratus atau beribu-ribu laman direktori yang disenaraikan. Terpulanglah kepada anda. Buat masa ini saya masih gunakan perkhidmatan yang percuma. Hehehee...

Sebagai penutup, saya nak berpantun sket,
Masak lemak cili padi,
Sok lusa berjumpa lagi...
Wasalam...

Hantar ke RSS Directories

Menghantar RSS blog ke RSS directories berkesan untuk mendapatkan trafik. Ada 2 cara untuk menghantar. Pertama secara manual dan kedua secara automatik iaitu menggunakan software. Ada yang percuma dan ada yang berbayar. Perkhidmatan percuma terhad kepada beberapa belas atau puluh RSS directories sahaja berbanding dengan yang berbayar yang mampu menghantar kepada beratus atau beribu RSS directories. Untuk tutorial ini saya cuma criter pasal yang free.

Kelebihan menghantar ke RSS directories selain dapat menjana trafik, ia dapat mendapatkan backlink dengan RSS directories itu sendiri. Search engine menyukai kandungan blog yang sentiasa diupdate dan mempunyai RSS. RSS ialah singkatan bagi 'Rich Site Summary'. Biasanya blog yang mempunyai RSS ataupun Feed kerana kandungannya sentiasa update berbanding laman web yang bersifat statik. Tips bagi yang menggunakan blogspot/blogger, RSS boleh digunakan sebagai 'Sitemap' jika kita menggunakan Google Webmaster Tool.

Pernah tengok icon di atas? Itu adalah simbol rasmi RSS. RSS juga digunakan untuk pembaca melanggan/subscripe blog kita. Mereka akan mengetahui update terkini melalui email, RSS reader atau medium lain tanpa perlu masuk ke blog kita.

Sebagai contoh untuk blog tutorial kita 'coach-samantha-sunglasses.blogspot.com', Feed nya adalah :

http://coach-samantha-sunglasses.blogspot.com/feeds/posts/default?alt=rss (untuk RSS Feed)
atau

http://coach-samantha-sunglasses.blogspot.com/feeds/posts/default (untuk ATOM Feed)

Ok, kita terus ke tutorial. Iaitu menghantar blog ke RSS Directories secara manual. Berikut adalah senarai RSS directory yang kita boleh hantar :
Untuk cara automatik dan menjimatkan masa, anda boleh download software dibawah ini :

Tidak perlulah saya tunjukkan bagaimana caranya kerana ianya amat mudah dilakukan. Ingat, jangan hantar 1 RSS blog anda berkali-kali kerana mereka akan menganggap anda spam. Sekarang apa nak tunggu lagi. Just do it...

Update earning untuk bulan November 2008...
Mungkin anda boleh mengatasi apa yang saya perolehi melalui Adsense setakat ini. Semua ini rezeki dari Allah SWT. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu???

Komen di DIGG dengan niche bersesuaian

Pada topik kali ni saya nak story 1 kaedah di mana kita menumpang PR di DIGG.com dan cuba menarik visitor dengan memberikan komen pada blog yang mempunyai niche yang sama atau hampir sama dengan blog kita.
Jika saya taip niche 'coach samantha sunglasses', ia akan menghasilkan carian yang sedikit. Jadi saya taipkan perkataan 'sunglasses' untuk mendapatkan lebih banyak blog yang sama dengan saya. Kemudian tekan enter atau klik pada gambar kanta.
Akan terpampang hasil keputusan yang related dengan keyword kita. Jadi kita boleh pilih mana-mana topik yang kita rasakan sesuai untuk kita komen dan jangan lupa tuliskan url blog kita di sana (lihat gambar di bawah).
Selepas komen, masukkan captcha image dan klik 'save comment'.
Gambar di atas menunjukkan proses komen yang telah berjaya. Kita mempunyai masa 5 minit untuk edit komen tersebut. Jika anda berpuas hati, abaikan sahaja masa 5 minit tersebut. Cuba lihat PR page yang saya komen itu. Ia mempunyai PR1 dan sekurang-kurangnya saya sudah tahu yang saya baru sahaja menyelitkan url blog saya pada page yang mempunyai PR1 selain laman utama DIGG yang PR8.

Ulangi proses memberi komen pada topik-topik related yang lain yang sama dengan keyword blog anda. Sambil-sambil tu lihat juga berapa nilai PR page-page tersebut. Jika anda banyak memberikan komen pada ruangan ber'PR' tinggi, blog anda akan lebih cepat di singgah oleh Googlebot dan nilai PR blog anda juga akan meningkat.

Untuk menjimatkan masa, anda boleh copy komen anda tu dan paste balik pada komen yang baru. Saya telah menghantar 6 komen dalam DIGG yang related dengan blog saya. Anda juga boleh hantar lebih dari itu. Cuma anda tanamkan dalam fikiran tujuan melakukan proses ni semata-mata untuk mendapatkan backlink dan sebagai bonus, blog anda bakal mendapat pelawat yang inginkan maklumat tentang keyword anda tersebut kerana anda menberikan komen pada tempat dan niche yang betul semasa memberi komen.

Menghantar blog ke DIGG

Menghantar link blog kita ke Digg.com adalah salah 1 cara untuk mendapatkan backlink. PR website tersebut adalah 8.
Sekali lagi saya ulangi, mendapatkan backlink dari laman blog/web yang mempunyai PR yang baik, akan mempercepatkan blog kita diindeks oleh search engine serta akan meningkatkan PR. PR (Page Rank) adalah nilai yang diberikan oleh Google kepada sesebuah laman web/blog yang mempunyai jaringan yang banyak dalam internet terutama daripada laman web/blog yang berkualiti. Kiranya jumlah bintang ataupun markah sesuatu laman web/blog. Semakin tinggi PR, semakin kerap spider robot search engine (Googlebot) akan datang mengindeks. Jika PR6 atau lebih bermakna setiap hari Googlebot akan datang. Selain itu ia juga akan mempengaruhi kedudukan dalam ranking search engine.

Ok, untuk tidak membuang masa, kita terus ke laman web DIGG
Klik join jika anda belum join. Lihat gambar di atas.
Selepas itu anda perlu mengisi borang pendaftaran seperti di bawah.
Saya skip untuk proses di atas untuk terus ke proses seterusnya, iaitu menghantar blog ke DIGG. Klik 'Submit new' seperti gambar di bawah.
Kita akan dibawa ke 1 page dimana kita perlu memasukkan url blog kita.
Pilih 'news article' dan klik continue.
Tunggu sehingga anda dibawa ke page seperti di bawah.
Pada bahagian 'title', isikan keyword niche anda. Pada bahagian description, isikan keterangan mengenai blog anda dan pastikan ianya mengandungi sekurang-kurangnya 2 keyword niche blog tersebut. Kemudian pilih thumbnail seperti gambar di atas.
Ikuti langkah-langkah seterusnya seperti dalam gambar di atas dan jangan lupa klik pada 'submit story'.
Kemungkinan blog kita hampir sama topik dengan blog orang lain. Jadi abaikan senarai yang dipaparkan. Klik saja 'totally original' seperti gambar di bawah.
Bila selesai sepatutnya mereka akan memberitahu blog kita sudah berjaya dihantar kepada mereka seperti gambar dibawah.
Ok, dah settle 1 lagi perkara. Kelebihan menghantar blog ke DIGG adalah mendapat backlink dari website PR tinggi (PR8) dan akan mendapat pelawat jika mereka suka akan blog kita.
Saya stop untuk kali ini. Sementara saya sambung untuk langkah seterusnya, anda bolehlah submit blog anda ke DIGG. Salam...

Menghantar blog ke Technorati

Untuk mempercepatkan spider robot datang menyinggah ke laman blog kita, kita perlu ada backlink dalam website yang ada PR (Page Rank). Dalam bab ini saya akan story sikit untuk hantar blog kita ke laman web tag, iaitu Technorati yang mempunyai PR 8 (buat masa ni). Apa kata kita ke sana sekarang.

http://technorati.com
Inilah ruper homepage Technorati buat masa ini (gambar atas). So, kita join jika belum join.
Kemudian buka email untuk klik 'Verify email address', sama ada klik pada link yang mereka hantar melalui email atau copy pastekan dalam kotak (seperti gambar di bawah).
Lepas klik 'verify' kita akan dibawa ke page untuk kita masukkan url blog kita. Jadi,
isikan maklumat yang dikehendaki dan klik 'Begin Claim' (gambar di atas).

Selepas tu, klik 'complete' seperti gambar di bawah ni.
Selepas itu kita akan di bawa ke page seperti di bawah.
Kita akan dibawa ke blogspot kita untuk mengesahkan blog yang kita daftarkan tu adalah milik kita. Jangan risau kerana Technorati adalah sebuah laman web yang berkaliber dan tidak akan hack blog anda. Selepas tu kita akan dibawa ke satu page untuk kita isikan keterangan, bahasa dan tag untuk blog kita tu. Boleh lihat gambar di bawah jika tak confident. Anda perlu isi mengikut kesesuaian dan niche blog anda.
Scroll ke bawah untuk copy HTML 'Favourite Button'. Lihat gambar di bawah.
Kemudian pergi ke blog kita untuk masukkan kod HTML tadi.
Kemudian pergi ke web Technorati balik dan klik save.
Ini untuk save semua maklumat yang telah kita isikan sebentar tadi. Kat bawah ni contoh dalam Technorati blog saya yang telah dihantar ke situ.
Apa yang bestnya kat Technorati? Pertama website tersebut mempunyai PR8. Jadi jika hantar blog kita ke sana, PR tu akan berjangkit. Jadi ia akan lebih memudahkan blog kita tu diindex dan tersenarai dalam search engine. Kedua, ia akan menjana trafik masuk ke blog kita. Melalui tag-tag yang telah kita masukkan. Orang akan cara blog melalui tag yang telah ditandakan. Secara tak langsung, mereka akan ke blog kita jika blog kita ditemukan melalui tag yang telah kita pilih. Selain itu kita boleh tahu berapa orang telah 'favourite' blog kita.

Ok, setakat ni penerangan saya buat masa ni. Insyaallah jika tiada halangan, saya akan update lagi. Wasallam...

Read me first

Sila baca posting paling belakang dahulu untuk pemahaman yang jelas.

Post views hit counter