Free search. Try it..

Menghalang bahagian artikel yang tidak mahu diindex oleh Adsense (Part 1)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua.

Kali ini saya nak kongsikan bagaimana hendak menampan/block article atau sebahagian article yang kita tidak mahu diindex oleh Google Adsense. Seperti yang kita tahu, iklan Adsense yang keluar biasanya berkaitan dengan perkara yang kita sampaikan dalam blog. Jika kita buat artikel mengenai kesihatan, maka iklan Adsense yang bakal keluar juga berkisar tentang kesihatan seperti produk-produk kesihatan dan seumpamanya.

Mungkin ada sebahagian daripada artikel kita tidak berkaitan dengan niche blog kita. Dan kita tidak mahu iklan-iklan Adsense yang tidak berkaitan keluar di blog kerana hal tersebut. Jadi tutorial kali ini adalah untuk tujuan itu.

Bagaimana caranya? Saya berikan kod HTML di bawah untuk anda copy dan masukkan dalam blog anda.

<%!--google_ad_section_start(weight=ignore)-->

Masukkan bhgn dari artikel anda yang tidak dikehendaki di sini

<%!--google_ad_section_end--&>


Sila buang tanda % semasa pastekan di dalam blog anda.

Saya berikan tutorial bergambar seperti biasa supaya senang diikuti.

1. Pergi ke 'New Post' blogspot anda

2. Masukkan kod HTML yang berikan tadi dan jangan lupa buangkan tanda %. Sila lihar gambar di bawah untuk pemahaman lebih jelas.

3. Tuliskan artikel anda (samada karang sendiri atau ambil dari sumber lain).

4. Masukkan kod HTML tadi bahagian yang dikehendaki.

5. Akhir sekali 'Publish Post' untuk update artikel tersebut di dalam blog anda.

6. Klik 'View Post' untuk melihat artikel yang telah kita edit dengan kod HTML tadi.

Selesai untuk bab ini. Jadi Adsense tidak akan 'melihat' artikel tersebut seolah-olah bahagian tersebut tidak wujud. Dan ini akan menyelamatkan blog anda dari keluar iklan-iklan Adsense yang tidak berkaitan.

Saya akan update bagaimana untuk memasukkan kod HTML tersebut di dalam 'Post Template' pada posting yang akan datang.

Dua tiga kucing Berlari
Mana nak sama si kucing belang
Berbulan-bulan saya menyepi
Sudah buatkah tutorial yang belakang-belakang?? ;)


Salam ikhlas dari saya untuk semua... :)

Jawab soalan di Yahoo Answers (Part 2)

Selamat Hari Pekerja kepada semua. Saya harap semua pembaca dalam keadaan sihat dan gembira bersama keluarga tersayang.

Pada posting kali ini, saya nak sambung bab 'Jawab soalan di Yahoo Answers' bahagian ke dua pula. Kalau dulu saya menceritakan tentang bagaimana hendak mencari soalan yang relevent dengan niche keyword kita, sekarang ini saya hendak menceritakan bagaimana perlu kita lakukan jika tiada soalan yang relevent dengan keyword kita itu.

Apa yang perlu kita lakukan ialah buat 2 akaun Yahoo Answers. 1 untuk bertanya dan 1 lagi untuk kita menjawab kembali soalan itu lu tanya, lu jawab balik. Nampak kelakar tapi inilah 1 strategi marketing yang baik untuk kita mendapatkan backlink dari laman web Yahoo. Ingat PR untuk website Yahoo Answer ialah 8.

Jadi kita pergi ke Yahoo! Answer sekarang..

Kemudian kita 'log in' atau 'sign up' jika anda masih belum mempunyai akaun Yahoo Answers. Selepas itu kita terus masuk ke dalam akaun Yahoo Answer kita. Saya menggunakan nick saya sebagai 'Rina'.

Kemudian anda tuliskan soalan yang ayat-ayatnya ada mengandungi niche keyword anda di kotak 'Ask' sepertimana gambar di bawah.
Kemudian klik 'Post Question'.

Anda akan dibawa ke 1 page dimana anda boleh masukkan perincian tentang soalan yang anda tuliskan itu. Walaupun tidak diwajibkan untuk diisi, namun saya syorkan anda tambah sebaris ayat yang mengandungi niche keyword anda seperti gambar di bawah.
Kemudian jangan lupa klik 'Continue'.

Kemudian anda padankan kategori yang sesuai dengan blog anda. Oleh kerana blog saya berkaitan dengan kata mata berjenama, saya tick pada Beauty & Style.
Kemudian klik 'Preview'.

Beginilah rupa preview nya. Jika berpuas hati klik pada 'Submit'.

1 proses telah berjaya. Contoh seperti gambar di bawah ini.

Soalan sudah anda publishkan untuk dijawab. Sekarang tinggal 1 proses lagi, dimana anda buka 1 lagi akaun Yahoo Answer untuk menjawab semula soalan tersebut. Pastikan anda tidak tertinggal menuliskan niche keyword anda dan link blog niche anda. Caranya seperti di bawah.

Log out dan sign in dengan akaun Yahoo Answer anda yang lain. Saya menggunakan nick 'Naz' menggunakan username yang lain.

Kemudian anda taipkan niche keyword anda di kotak search dan klik butang 'search'.

Akan terpampang soalan yang baru saja anda buat. Klik pada soalan itu.

Anda klik pada 'Answer Question' untuk mula menjawab.

Semasa menjawab, masukkan link blog anda serta niche keyword anda paling kurang 2 kali.
Kemudian klik 'Preview'.

Beginilah rupanya. Jika berpuas hati, klik pada 'Submit'.

Akan terpampang page yang sebegini yang menunjukkan proses menjawab telah berjaya.
Kemudian dalam masa beberapa hari, anda pilihlah jawapan anda itu sebagai jawapan terbaik dan tutup soalan itu kepada publik.

Anda boleh gunakan cara ini untuk blog-blog anda yang lain. Ada beberapa kelebihan menggunakan cara ini antaranya :
1. Jika tiada niche anda dalam Yahoo Answer. Jadi anda boleh tanya dan jawab balik.
2. Mendapatkan backlink dalam Yahoo.
3. Memaksa spiderbot untuk crawl blog anda.
4. Mendapatkan free visitor yang kebetulan ingin tahu tentang topik tersebut.

Saya harap tutorial ringkas ini dapat membantu anda dalam menjana pendapatan sampingan melalui Adsense. Selamat Maju Jaya...

Dari hulu pergi ke muara,
Sampai di muara bermandi manda,
Jika saya jarang bersua,
Cuma menyepi untuk seketika..


Salam sayang dari saya untuk semua.. ;)

Salam MauliduRasul

Salam MauliduRasul buat semua yang beragama Islam. Bagi mereka yang bukan beragama Islam, boleh juga membaca. Tidak menjadi salah pun.
Kali ini saya tak update pasal Adsense. Cuma serba sedikit tentang MauliduRasul. Bukan saya yang tulis, tetapi saya ambil dari blog:
http://ilhamusafir.blogspot.com
Marilah kita berselawat banyak-banyak ke atas nabi junjungan kita, nabi Muhammad S.A.W. Bersyukurlah kerana kita masih mempunyai waktu dan kesempatan untuk meraikannya.

----------------------------------------

12 Rabiulawwal, kita menyambut hari bersejarah memperingati lahirnya junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Semua umat Islam diseluruh dunia mengakui dan mempercayai bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah utusan Allah s.w.t. yang diutuskan untuk membawa kerahmatan kepada seluruh umat di dunia sehingga akhir zaman. Ini dijelaskan oleh Allah s.w.t. dalam Al-Quran surah al-Anbiyaa’ ayat 107 yang bermaksud :

" Dan tidaklah kami mengutuskan engkau( wahai Muhammad) melainkan menjadi rahmat bagi sekalian alam " .

Bahkan keimanan kepada Baginda adalah termasuk dalam kesempurnaan rukun iman .

Mengapa Rasulullah s.a.w dipilh oleh Allah s.w.t. untuk membawa misi kesejahteraan ini kepada semua umat di dunia ? dan bagaimana baginda berjaya di dalam misi ini ? .

Salah satu kunci kejayaan Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan risalah dakwah ialah dengan memiliki ketinggian akhlak dan mengamalkan dalam kehidupan Baginda seperti hubungan dengan keluarga, jiran tetangga, sahabat handai, bahkan dengan kaum kafir juga Baginda sering menunjukkan akhlak mulia ini .

Ummul Mu’minin Saidatina Aisyah r.a. pernah ditanya, mengenai akhlak Baginda s.a.w, maka Saidatina Aisyah menjawab dengan katanya yang bermaksud :

"akhlak Baginda adalah Al-Quran "


Gambaran ketinggian akhlak Baginda s.a.w. juga dirakamkan oleh Allah s.w.t di dalam surah Al-Qalam ayat 4 yang bermaksud :

" Dan bahawa sesungguhnya engkau ( wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat mulia ” .

Para ulama menyatakan bahawa Baginda tercipta di dalam keaslian fitrahnya melalui tarbiah Ilahaiyat. Dan ini adalah anugerah Allah s.w.t. ke atas kekasihnya Rasul utusan terakhir junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. Keistimewaan yang tiada taranya menjadikan Baginda dipilh dan dilantik oleh Allah s.w.t. sebagai penghulu kepada sekalian Nabi dan Rasul . Dan kita umat Islam turut menumpang keistimewaan Baginda, kerana Allah menjadikan umat Muhammad sebagai umat terbaik diantara umat Nabi dan Rasul terdahulu .

Akhlak dan sirah perjalanan yang ditunjukkan oleh Rasul s.a.w adalah sebagai contoh teladan yang dapat mendidik diri dan peribadi Muslim agar sentiasa beriman dan bertakwa, Ini kerana setiap perkataan, perbuatan, pengakuan dan tingkah laku Baginda mengandungi hikmat dan sebagai huraian kepada prinsip-prinsip yang terkandung didalam Al-Quran . maka sudah tentu, setiap perkataan dan tindakan kita yang berpandukan akhlak dan sirah perjalanan Baginda, tidak akan terpesong atau tersasar dari landasan agama dan tuntutan syariat .

Sejarah mencatatkan bahawa akhlak Rasulullah s.a.w adalah modal utama yang dapat menarik minat golongan bukan Islam kepada Islam . contohnya, Kesah tauladan seorang Badawi membuang air kecil di dalam masjid, melihat kejadian ini maka para sahabat yang berada di situ, naik berang dan hendak memukul Badawi tadi . Bagaimanapun tindakan mereka dihalang oleh Rasulullah s.a.w, sebaliknya Baginda membiarkan Badawi itu selesai membuang air kecil . kemudian Baginda meminta sebekas air lalu disiramkan ditempat kencing tersebut . Rasulullah s.a.w bertanya kepada para sahabat, apakah yang akan terjadi jika mereka mengejar dan memukul Badawi itu semasa sedang membuang air kecil . maka jawab sahabat, seluruh kawasan masjid akan terkena najis air kencingnya . kisah ini menjadikan Badawi yang menyaksikan tindakan Rasulullah itu, merasa kagum dengan ketinggian akhlak Baginda, lalu beliau pun menyatakan hasratnya untuk memeluk Islam .

Suasana masyarakat kita pada hari ini berhadapan krisis nilai, begitu banyak budaya luar dan fahaman atau idealogi yang tidak sehat, telah mempengaruhi cara kehidupan seperti percakapan, gaya berpakaian dan pergaulan, dan apa yang lebih membimbangkan terdapat segelintir masyarakat yang mula terpengaruh dan terjebak dengan aliran Islam liberal, dan lebih dasyat lagi pengaruh Black Metal, dan sebagainya yang mencemarkan nama baik serta identiti umat Islam, dan ini membawa gambaran negatif kepada imej Islam .

Anasir-anasir yang tidak sehat ini dengan mudah menyelinap masuk serta menjajah pemikiran, seterusnya mempengaruhi kehidupan kita, sekiranya benteng iman kita tipis, cetek pengetahuan tentang Agama, meremehkan nasihat para ulama mengabaikan suruhan agama dan tidak berpegang dengan tuntutan syariat . Mereka yang diresapi dengan fahaman atau aliran yang merbahaya ini, akan mudah meminggirkan akhlak dan nilai-nilai murni sebagaimana yang dituntut oleh Allah dan RasulNya . Ingatlah, bahawa Islam sentiasa diperhatikan, dan kelemahan-kelemahan serta kecelaruan yang sedang dialami oleh umat Islam akan dijadikan sebagai asas dan modal untuk musuh-musuh Islam membina seribu satu alasan untuk memburuk-burukkan Islam. Tidak mustahil mereka akan memperalatkan saudara-saudara kita sendiri seperti yang pernah berlaku di abad lalu, khususnya ketika negara-negara umat Islam dijajah oleh kuasa penjajah .

Ini semua menandakan Islam sedang diuji . Dan ia merupakan satu peringatan kepada kita . Cara terbaik malah wajib dilakukan oleh kita ialah kembali mencontohi akhlak Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Adalah wajar bagi kita memperingati kelahiran Baginda s.a.w sebagai tanda rasa kecintaan terhadap perjuangan Baginda. Dengan sentiasa mengingati Rasulullah s.a.w khususnya sejarah kelahiran Baginda setiap tahun sekaligus akan memberikan kita kekuatan, pengajaran dan pendidikan yang tidak secara langsung kepada masyarakat kita terutama sekali generasi muda yang bakal memimpin negara yang kini sedang berhadapan dengan zaman canggih, teknologi cyber dan penuh dengan godaan dan ancaman aqidah songsang .

Bersempena dengan sambutan memperingati kelahiran junjungan besar Baginda s.a.w, eloklah kita menanam keazaman untuk mencontohi akhlak dan sirah perjalanan hidup Baginda Rasulullah s.a.w . Mudah-mudahan kita akan menjadi umat yang terbaik dan terbilang. Di antara akhlak Baginda Rasulullah s.a.w yang perlu dicontohi :

1. Baginda sentiasa memberi salam kepada sesiapa yang ditemui .

2. Baginda sangat menghormati orang-orang tua, mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak .

3. Baginda bercakap dengan lemah lembut dan sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya .

4. Baginda tidak pernah menghina orang miskin dan tidak merasa terhina bergaul dengan Mereka .

5. Baginda sentiasa membantu orang lain, walaupun Baginda sendiri dalam kesusahan .

6. Baginda sangat berlemah lembut dengan isteri, anak-anak dan ahli keluarganya .

7. Baginda tersangat sabar dan tabah apabila mengahadapi setiap cabaran dan kesusahan .

Oleh itu, dikesempatan ini marilah sama-sama kita mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w dan mengamalkannya, kita juga dituntut melakukan muhasabah diri dan mengambil iktibar untuk dihayati . Dan dalam masa yang sama, tanya diri kita, apakah dengan setiap kali meraikan sambutan Maulidurasul, roh kehidupan, akhlak dan perjuangan Rasulullah s.a.w telah kita hayati dan perjuangkan? atau apakah sebaliknya kita telah hanyut oleh arus kehidupan duniawi sehingga mengabaikan nilai agama Amat rugi sekali sekiranya kita mengamalkan cara hidup yang bertentangan dengan amalan dan ajaran Islam yang dibawa Rasulullah s.a.w .


Surah Al-Ahzab : 21 yang bermaksud :

" Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan ( keredaan ) Allah dan ( balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak ( dalam masa susah dan senang)” .

Jawab soalan di Yahoo Answers

Bertemu kembali. Rasanya lama dah saya tak update blog. Sebelum saya terus ke topik saya nak tanya (macam Yahoo Answers jugak), pernah tak anda mengetahui apa tu Yahoo Answers? Mungkin rata-rata dah tahu. Kepada yang belum tahu lagi, ia adalah perkhidmatan percuma yang disediakan oleh pihak Yahoo untuk kita bertanya tentang apa sahaja yang kita ingin tahu dan mendapatkan jawaban jika ada member-member yang lain menjawabnya. Jumlah ahlinya hampir mencecah 100,000, 000 (100 juta) ahli. Jawaban yang telah terkumpul setakat ini melebihi 200,000,000 (200 juta) jawaban.

Kat bawah ni adalah home page Yahoo Answer.
Perhatikan nilai PR nya adalah 8. Rasa-rasanya berbaloi kan jika kita meletakkan link blog kita di sana? Sekurang-kurangnya dapat memperbanyakkan backlink kepada blog-blog kita di samping menjadi profesor serba tahu. Hehee...

Macam biasa, saya suka memberikan contoh bergambar supaya lebih seronok dan mudah diikuti. Anda sudah tentu mempunyai blog-blog niche jika mengikuti tutorial saya ini dari mula. Saya gunakan blog niche saya sebagai contoh iaitu 'Coach Samantha Sunglasses'.

Mula-mula kita ke Yahoo Answers dan 'sign in'. Jika belum ada akaun Yahoo, boleh register secara percuma. Ok, selepas 'sign in' kita akan di bawa ke 'home page'. Kemudian masukkan keyword target kita dalam kotak 'Search for questions'. Kemudian klik pada 'Advanced'. Contoh boleh lihat di bawah.
Saya pendekkan 'Coach Samantha Sunglasses' menjadi 'Coach Sunglasses' untuk mendapatkan lebih banyak soalan. Semakin kurang niche, semakin banyak soalan. Begitulah sebaliknya. Selepas klik button 'Advanced', tick pada 'Open Questions' untuk memaparkan soalan-soalan yang masih dibuka sahaja. Lihat contoh di bawah.
Kemudian klik 'Search'. Kemudian akan terpapar soalan-soalan yang berkaitan yang masih lagi dibuka untuk dijawab.
Nampaknya soalan yang berkaitan dengan keyword saya hanya ada 3 soalan. Jadi saya cuba menjawab soalan yang saya boleh jawab. Ok, saya pilih 1.
So, saya klik pada tab 'Answer Question' dan jawab dengan ayat yang padat dan tuliskan keyword niche serta URL blog anda seperti gambar di bawah.
Anda klik pada 'Priview' untuk lihat hasilnya.
Kalau tak berpuas hati boleh edit semula. Kalau dah berpuas hati, klik 'Submit'.
Hoorey... saya dapat 2 point pasal menjawab soklan tadi. So, scrool ke bawah lagi untuk lihat jawaban yang telah dijawab tadi.
Dah siap. Kalau boleh, jawab seberapa banyak soalan yang boleh dengan menggunakan cara di atas. Paling penting, tinggalkan keyword dan URL blog anda. Itu kalau niche kita ada pertanyaan dalam Yahoo Answers. Kalau tak ada bagaimana ya?? Mungkin ada yang boleh jawab. Nanti saya sambung untuk part 2 bab ini.

Pantun lagi...

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Hari hari mengadap pc,
Biar sampai jadi jutawang,

Ish... jadi loghat Ganu ler pulok...

Salam ikhlas dan salam manis buat anda semua...

Apa yang saya nak buat dengan duit Adsense bulan ni?

Pada posting kali ini, saya cuma listkan apa yang saya nak buat dengan duit yang saya terima dari Google Adsense pada bulan ini iaitu Januari 2009. Tak ada tips kali ini, cuma sedikit paparan sebagai pembakar semangat bagi anda yang baru berjinak-jinak dengan program Adsense ni. Sebelum pukul 12am waktu server, saya sempat snap earning saya (earning bulan ni akan payout pada bulan hadapan apabila mencecah USD100).







Bukan nak menunjuk-nunjuk, tapi inilah hasil yang saya peroleh setelah memerah keringat tak berpeluh pun, memerah idea, melakukan R&D, dan melakukan try an error. Tidak dinafikan banyak cabaran yang telah saya hadapi selama ini. Antara cabaran tersebut ialah :
1. Mencari niche market yang sesuai dengan kehendak semasa.
2. Invalid click yang entah dari mana datangnya yang membuatkan 3 akaun saya diban sebelum ini. Mungkin dari pesaing saya di internet.
3. Beberapa blog saya (blogspot) di delete oleh pihak admin tanpa saya dimaklumkan apa sebabnya.
4. Kesibukan saya dengan rutin harian, tetapi saya cuba online paling kurang 30 minit sehari.

Ok, kat bawah ni saya nak listkan apa yang saya nak buat dengan duit yang saya dapat bulan ni :
1. Repair aircond kereta.
2. Bayar segala macam installment.
3. Beli digicam. Ala... brand tuuutt tu... yang dalam iklan kat tv, jatuh dari tempat tinggi kemudian masuk dalam air terus jadi ombak besar tu...
4. Tu jer kot???

Kat bawah ni screenshot payment yang layak saya cashout via Western Union. Sok pagi-pagi saya nak ke Pejabat Pos Shah Alam untuk claim. Actually, jumlah kat bawah ni adalah earning saya pada bulan Disember 2008. Depa bayo bulan Januari 2009.

Macam biasa, yang saya spray merah tu maklumat yang patut dirahsiakan.


Saya snap pakai handphone sebelum saya meleburkan duit tu ke tempat yang saya listkan kat atas. Alhamdulillah... syukur ke atas segala rezeki yang diberi.


Thank you so much Google Adsense...


Pantun 2 kerat sikit :


Ulau melingkau atas pagau,
Tata... chow chee chow...


Apa punya pantun da...?

Membuat header blog

Petang yang cukup panas. Uncle guard kat depan rumah saya sampai bukak baju. Saya angkat tangan kat dia, dia angkat tangan kat saya balik. Begitulah selalu, kita perlu ramah tamah dengan semua orang tak kira bangsa, agama, profession dan status. Baru kita boleh hidup aman damai di negara Malaysia tanah tumpah darahku ini. I'm proud to be Anak Malaysia. Sedikit intro sebelum saya terus ke topik tajuk posting kali ini.

Semalam ada seorang sahabat bertanyakan bagaimana hendak membuat header blog. Cara saya cukup simple dan mudah untuk digunakan. Kita boleh gunakan enjin carian dan Microsoft Paint untuk membuat header blog yang kita ingini. Bukan sahaja gambar header.... gambar untuk side bar serta footer juga boleh dibuat.

Mula-mula kita fikirkan gambar apa yang hendak jadikan header. Kalau blog anda ceritakan tentang kesihatan, carilah gambar seperti ubat-ubatan, hospital, doktor yang sedang merawat pesakit dan sebagainya. Kalau pasal muzik, kita boleh cari gambar alatan muzik, dan sebagainya.

Bagaimana nak cari gambar-gambar tersebut? Salah 1 cara anda boleh gunakan Image Search.
Ok, anda boleh taip saja di 'image search' keyword yang berkenaan dengan niche blog anda. Saya berikan contoh, saya ada buat 1 blog pasal muzik. Jadi saya gunakan 'music' sebagai keyword.
Selepas klik 'search image' akan keluar gambar-gambar yang releven dengan keyword. Anda pilih 'Extra Large Image' pada option 'showing' seperti dalam gambar di bawah
Jadi pilih mana-mana image yang anda rasa menarik dan sesuai untuk dijadikan header blog anda. Mungkin ada masalah copyright, jadi anda boleh email kepada pemilik web berkenaan untuk kebenaran menggunakan image tersebut. Ataupun anda boleh linkkan website tersebut sebagai dalam blog anda sebagai kredit untuk mereka. Itu sebahagian dari cara untuk cari image header. Belum habis lagi, sambungannya di akhir posting ini.

Selain tu kita boleh cari image yang sesuai di laman web yang sediakan free wallpaper. Salah 1 yang saya selalu gunakan ialah di ewallpapers.eu. Atau taip sahaja keyword 'free wallpaper' di search engine.

Simpan gambar tersebut di destop komputer anda supaya senang dilihat. Dengan cara right click pada gambar (large) yang telah dipilih.

Save kat desktop atau folder...
Kini tibalah masa untuk kita modified gambar tersebut supaya menjadi image header. Ok, anda boleh right klik pada icon gambar dan pilih 'edit'.
Kemudian akan keluar 'Mirosoft Paint' seperti gambar di bawah.
Kemudian klik 'select' button seperti gambar di bawah.
Kemudian anda tarik dimension (970px × 180px) atau (970px × 275px) atau sebarang saiz yang sesuai dengan saiz header blog anda. Lihat gambar di bawah.
Kemudian right click dan cut.
Kemudian buka 1 page baru dengan klik 'file' >> 'new' dan 'paste' gambar yang telah kita potong tadi. Maaf, saya terpaksa skip gambar tutorial ini untuk jimatkan masa. Di samping itu anda boleh try an error untuk anda lebih ingat pada masa-masa akan datang.
Kemudian save image terbaru tu seperti gambar di bawah.
1 bab dah settle. Langkah seterusnya ialah memasukkan image tersebut kat blogspot kita. Ok, kita log in dalam blogger. Pergi ke 'layout' dan klik edit pada header.
Macam biasa pop up seperti di bawah akan keluar. Tick 'Shrink to fit' dan klik 'Browse' untuk upload image yang hendak kita jadikan header blog.
Jangan lupa 'save' dan preview untuk lihat hasilnya.
Maka terhasillah image header untuk sebuah blog. Nampak macam susah, tapi jika anda melakukannya berkali-kali untuk blog-blog anda yang lain, anda akan mahir dan anda mampu mengagumkan pelawat-pelawat anda. Ini akan meninggikan peratusan 'return visitor' dan sekaligus akan meningkatkan pendapatan Adsense anda.
Air dalam bosi,
Api dalam kaco,
Apo tunggu laie,
Poie lah cubo...
Selamat Tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Chai... Majulah blog untuk negara. Salam ikhlas dari saya...

Template baru wajah baru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bagaimana dengan template baru blog ni? OK ke KO? Agak lama gak saya memilih, sehinggalah hati saya terpaut pada template yang saya guna ni. Saya masih mengekalkan konsep biru putih pasal sejuk mata memandang serta mampu mencetuskan suasana tenang ketika membaca.
Untuk mengenang kembali ruper blog lama, saya tampalkan kat bawah ni sebagai kenang-kenangan...
Saya ambil template percuma ini di Ourblogtemplates.com. Kat sana ada pelbagai template untuk Blogger yang cun-cun dan sempoi. Asyik pakai baju yang sama tentu bosankan? Sesekali kita tukar baju, baru semangat sikit nak 'memblog'. Anda juga boleh tukar template blogger anda, tapi kena berhati-hati sebelum klik kat butang 'Save template'. Pastikan anda save template lama dulu dalam pc. Kebiasaannya beberapa part akan hilang seperti ruang HTML, Adsense, META Tag dan gadget-gadget yang telah kita pasang sebelum ni. So, kita terpaksa buat balik selepas kita pasang template baru tu. Mungkin akan ambil masa sikit, bergantung berapa banyak 'mender' yang telah kita masukkan sebelum ni. Mungkin saya akan ceritakan bab tersebut dalam posting yang akan datang.

Baru sebentar tadi saya lihat penderitaan rakyat Palestin di kaca televisyen. Tersentuh perasaan saya bila melihat kanak-kanak yang belum mengerti apa-apa terbunuh dan cedera. Apalah dosa mereka sehingga kediaman mereka dibom bertalu-talu. Bersyukurlah kerana kita dilahirkan di Malaysia, negara yang aman aman ker? dan makmur. Tiada peperangan perang kempen pilihanraya untuk rebut kuasa adalah. Nasib kita jauh lebih baik dari mereka di sana.

Kekejaman yang telah dilakukan terhadap penduduk Semenanjung Gaza tidak dapat diterima dan langsung tiada perikemanusiaan. Saya menyahut kempen memboikot produk negara yang menyokong Israel. Saya tidak lagi ke Tesco, makan kat MdD serta Maggi serta minum Coke. Tetapi produk-produk yang berguna dan memberi keuntungan, saya akan tetap guna seperti Blogger.com, U Tube dan Adsense Bilalah ada syarikat Malaysia yang boleh tandingi G00gl3?? . Memang ada orang-orang kita bekerja dan terlibat dalam perniagaan produk-produk dari negara yang pro Israel. Kita cuma mengurangkan keuntungan mereka tetapi jangan sampai membuatkan orang-orang kita yang terbabit hilang pekerjaan. Sekurang-kurangnya dana yang disalur kepada pihak Yahudi akan berkurangan dan keupayaan mereka juga akan kurang... Saya doa semoga saudara-saudara kita yang di luar sana bebas dari ditindas dan disembelih sewenang-wenangnya seperti seekor ayam yang tidak berdaya. List produk-produk yang lain ada di laman web ni.

Ok, semoga anda semua sentiasa ceria dalam meniti kehidupan yang semakin mencabar ini. Universiti yang terbaik ialah kehidupan. Biasanya kalau saya dilanda masalah, saya andaikan ianya sebagai 1 assignment yang perlu dibereskan. Heheee... teringat pakcik zaman belajo dolu2. Selalu melantak Maggi dikala sengkek. Tapi sekarang say no to Maggi. Kalau kita terlalu fokus kepada masalah, memang sukar mencari jalan keluar. Apa yang penting ialah fokus kepada penyelesaian. Insyaallah, kita akan diberikan ilham dan kekuatan untuk menghadapinya sehingga berjaya. Macam bagus2 jer :)

Terasa macam nak berpantun pulak. Ok, saya jual kepada anda. Jangan lupa beli dan balas tau...

Assalamualaikum kepada ustazah,
Good morning kepada teacher.
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan lupakan saja...

Gunakan URL channels

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebelum-sebelum ni saya asyik menulis tentang mendapatkan back link dan link exchange. Jadi, sepatutnya blog-blog anda sudah mendapat pelawat jika anda mengikutinya dengan betul. Mungkin ada yang sudah mendapat klik pada iklan adsense. Mesti anda seronok kan? Terfikirkah anda pada blog mana dan page mana klik atau klik-klik itu datang? Ok, pada kali ini saya nak cerita tentang cara-cara menggunakan URL Channel yang disediakan oleh pihak adsense dalam akaun adsense anda.

Mula-mula log in akaun adsense anda.

Kemudian, klik pada tab AdSense Setup seperti pada gambar di bawah.

Kemudian klik ada tab Channel seperti yang saya bulatkan dalam gambar di bawah.

Kemudian anda klik pada link URL Channel di bawah tab 'Adsense for Content' seperti yang saya bulatkan dalam gambar di bawah.
Anda akan nampak link 'Add new URL channel' seperti yang saya bulatkan seperti gambar di bawah. Klik kat situ...

Akan muncul kotak di mana anda boleh masukkan URL blog anda atau URL pages anda seperti di bawah ini.

Masukkan semua blog beserta pages yang telah anda buat sebelum ini ke dalam kotak yang disediakan. Maksimum yang anda boleh masukkan ialah 200 URL.

Akhir sekali klik pada butang 'Add Channels'.

Kemudian kesemua URL yang telah anda masukkan sebentar tadi akan keluar dalam bentuk list. Jika anda ada blog baru atau page baru, boleh masukkan kemudian. Anda boleh edit, tambah dan buang ikut kesesuaian anda. Jika kuota 200 list anda sudah penuh hang memang kaki blogging, anda boleh buang mana-mana page yang anda fikir tidak menjana keuntungan buat anda dan masukkan pages URL yang baru.

Tools ini memang bagus dan amat sesuai digunakan bagi mereka yang suka buat eksperimen serta melakukan penambah baikan. Jika anda ada blog yang ramai pelawat, anda boleh tahu page mana yang pengunjung suka lawati dan dari mana klik adsense anda datang. Jika anda tidak menggunakan tools ini anda cuma tahu jumlah 'Page impression', 'Cliks', 'Page CTR', 'Page eCPM' dan 'Earning' secara kasar sahaja tanpa tahu dari URL mana ianya datang secara terpeinci.

Ok, saya stop dulu pasal ada hal kat luar. Pantun 2 kerat dari saya :

Menjala ikan di pagi hari,
Ada masa jumpa lagi...

Read me first

Sila baca posting paling belakang dahulu untuk pemahaman yang jelas.

Post views hit counter